Insolvency Act 1967: Understanding The New Bankruptcy Law, 10 Februari 2018

Seminar “Insolvency Act 1967: Understanding the New Bankruptcy Law” telah diadakan pada 10 Februari 2018 (Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberikan gambaran keseluruhan mengenai pindaan Akta Kebankrapan 1967 yang kini telah dinamakan semula sebagai Akta Insolvensi 1967.

Seramai 111 orang peserta yang terdiri daripada 7 orang Hakim Mahkamah Persekutuan, 18 orang Hakim Mahkamah Rayuan, 33 orang Hakim Mahkamah Tinggi, 20 orang Pesuruhjaya Kehakiman, 30 orang Pegawai Kehakiman dan Perundangan serta 3 orang pegawai jemputan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah mengikuti seminar ini. Seminar ini turut dihadiri oleh YAA Tun Raus Sharif, Ketua Hakim Negara, YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya dan YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan selaku Pengerusi Akademi Kehakiman.

Ceramah di Sesi Pertama seminar ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Meor Hashimi bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) yang bertajuk “An Overview of the New Bankruptcy Law”. Pada Sesi Kedua, ceramah telah disampaikan oleh YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan yang bertajuk “New Rescue Mechanism: Voluntary Arrangement and Interim Order”. Ceramah yang bertajuk “Specific Features of the New Insolvency Regime: Single Bankruptcy Order, Order of Substituted Service, Automatic Discharge” telah disampaikan oleh YA Datuk Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Rayuan pada Sesi Ketiga. Manakala pada Sesi Keempat, YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Rayuan telah bertindak sebagai moderator bagi mengendalikan satu sesi soal jawab dengan ahli-ahli panel terdiri daripada penceramah-penceramah pada Sesi, Pertama, Kedua dan ketiga tersebut.