"Appellate Judging And Appellate Intervention" 24 Februari 2018

Seminar “Appelatte Judging and Appellate Intervention” telah diadakan pada 24 Februari 2018 (Sabtu) di Dewan Bankuet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif seminar ini adalah untuk menyediakan memberikan peluang kepada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dengan peluang untuk mengkaji semula dan mengembangkan ilmu serta kemahiran mereka. Selain itu, mereka berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman dengan YAA Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya serta rakain-rakan hakim yang lain mengenai isu-isu kepentingan bersama.

Ceramah sesi pertama di dalam seminar ini telah disampaikan oleh YAA Tun Raus Sharif, Ketua Hakim Negara yang bertajuk “Appellate Judging”. Manakala ceramah di sesi kedua telah disampaikan oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Presiden Hakim Mahkamah Rayuan yang bertajuk “Appellate Intervention”. Sesi perbincangan yang interaktif telah diadakan selepas itu di antara peserta-peserta dan penceramah/ fasilitator yang terdiri daripada YAA Ketua Hakim Negara; YAA Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya; dan YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman. Seramai 23 orang peserta telah menghadiri seminar ini yang kesemuanya terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan.