Seminar “Land Law: Resolving Competing Claims Under Section 340 Of The National Land Code” 3 Mac 2018

Seminar “Land Law: Resolving Competing Claims under Section 340 of the National Land Code” telah diadakan pada 3 Mac 2018 (Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif seminar ini adalah untuk menyediakan peserta-peserta dengan peluang untuk mengenal pasti isu-isu semasa, mengemaskini dan menyiapkan diri dengan pengetahuan kehakiman dalam bidang undang-undang tanah.

Ceramah sesi pertama di dalam seminar ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Khaw Lake Tee, seorang ahli akademi yang pakar dalam bidang undang-undang berkaitan urusan tanah. Sesi kedua seminar ini adalah sesi soal jawab dengan moderator bagi sesi ni dikendalikan oleh YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman. Sesi ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta.

Seramai 119 orang peserta telah menghadiri seminar ini yang terdiri daripada YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Presiden Hakim Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya; 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan; 21 orang Hakim Mahkamah Rayuan; 36 orang Hakim Mahkamah Tinggi; 25 orang Pesuruhjaya Kehakiman; dan 30 orang pegawai kehakiman.