Kursus “How to Read Statute” 5 April 2019

Kursus “How to Read Statute” telah diadakan pada 5 April 2019 (Jumaat) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan kemahiran pembacaan statut di kalangan Hakim-Hakim Mahkamah Atasan. Program separuh hari ini melibatkan ceramah yang telah disampaikan oleh YA Datuk Nor Bee binti Ariffin, Hakim Mahkamah Rayuan. Sesi Soal Jawab antara penceramah dan para peserta telah diadakan sebaik sahaja ceramah tersebut berakhir.

Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada 11 orang Hakim Mahkamah Rayuan dan 31 orang Hakim Mahkamah Tinggi telah menghadiri program ini. Program ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya; dan YA Tan Sri Idrus bin Harun, Hakim Mahkamah Persekutuan.