Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman 29 April-3 Mei 2019

“Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman” telah diadakan pada 29 April-3 Mei 2019 (Isnin-Jumaat) di Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta akan skop dan bidang-bidang tugas serta amalan-amalan terbaik (best practices) yang mesti diikuti ketika menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

Kursus ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan diikuti dengan sesi soal-jawab. Sebanyak 17 ceramah telah disampaikan oleh hakim-hakim kanan berkenaan tajuk “The Making of a Good Judge”; “Judge Craft”; “Dealings with Conflict and Unexpected Contentious Situations”; “When to Recuse”; “Business of Judging: Practical Workshop”; “Salient Features of the Rules of Court 2012”; “Case Management”; “An Overview to Court-Annexed Mediation”; “Practical Approach to Judgment Writing and Importance of Language”; “How to Read Statute”; E-Court System and Practical”; “Criminal Law: Evidence and Procedure”; Adjudicating Trafficking of Drugs Cases under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952”; “Adjudicating Cases under Section 302 of the Penal Code”; “Adjudicating Cases under Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA)”; “Assessing the Credibility and Reliability of Evidence”; dan “Salary, Allowance and Benefits for Judges”.

Seramai 11 orang calon yang akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini iaitu YBhg. Dato’ Sri Latifah binti Mohd Tahar, YBhg. Dato’ Amarjeet Singh a/l Serjit Singh, Tuan Awg Armadajaya bin Awg Mahmud, YBhg. Datuk Duncan Sikodol, Encik Muniandy Kannyappan, YBrs. Dr. Shahnaz Sulaiman, Puan Evrol Mariette Peters, Encik Christopher Chin Soo Yin, Encik Ong Chee Kwan, Puan Maidzuara binti Mohammed dan Encik Mohd Radzi bin Abdul Hamid.