Quantification of Damages, 7 September 2019

Seminar “Quantification of Damages” telah diadakan pada 7 September 2019 (Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Seminar ini bertujuan untuk memberikan gambaran keseluruhan berkaitan pengiraan ganti rugi kepada para peserta. Program ini telah dibahagikan kepada 5 tajuk ceramah. Sebanyak tiga ceramah telah disampaikan pada sesi pagi yang bertajuk “Financing Reporting in Malaysia”, “Valuation: Art, Science or Magic?” dan “Valuation of Shares and Businesses - How Reliable are the Various Valuation Methods?”. Dua lagi ceramah iaitu “Valuation of Damages - Are Lawyers and Valuers Speaking the Same Language?” dan “Minding the (Valuation) Gap” telah disampaikan pada sesi petang. Ceramah-ceramah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohammad Faiz Azmi, Pengerusi Eksekutif - PwC Malaysia; Encik Jay Moorthy, Rakan Kongsi – Ketua Penilai, PwC Malaysia; Encik Michael Peer, Rakan Kongsi – Ketua Penasihat Pertikaian, PwC Asia Tenggara; dan Encik Justin Lim Chee Teong, CA, Pengarah – Penilai, PwC Malaysia. Sesi soal jawab telah diadakan sebaik sahaja setiap ceramah berakhir.

Seramai 106 orang peserta yang terdiri daripada enam orang Hakim Mahkamah Persekutuan, 20 orang Hakim Mahkamah Rayuan, 41 orang Hakim Mahkamah Tinggi, 16 orang Pesuruhjaya Kehakiman dan 23 orang Pegawai Kehakiman dan Perundangan telah menghadiri program ini. Program ini turut dihadiri oleh YAA Dato’ Seri Utama Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan; dan YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Besar Malaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman.