Law Reform and the Judiciary 1 November 2019

Seminar “Law Reform and the Judiciary” telah diadakan pada 1 November 2019 (Jumaat) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk membiasakan para hakim dan pegawai undang-undang tentang reformasi undang-undang dan peranan badan kehakiman dalam reformasi undang-undang. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh The Right Honourable Lord Justice Nicholas Green, Hakim Mahkamah Rayuan England dan Wales yang juga merupakan Pengerusi Suruhanjaya Undang-Undang, United Kingdom; dan The Right Honourable Lord Justice Malcolm John David Wallis, Hakim Mahkamah Tertinggi Rayuan di Afrika Selatan.

Seramai 88 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang Hakim Mahkamah Persekutuan, 16 orang Hakim Mahkamah Rayuan, 25 orang Hakim Mahkamah Tinggi, 5 orang Pesuruhjaya Kehakiman serta 40 orang Pegawai Kehakiman dan Perundangan telah menghadiri seminar ini. Program ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara.