The english content for this page is currently unavailable

Mesyuarat Penyediaan Pelan Perancangan Strategik dan Pelan Komprehensif Pembangunan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha SPK telah diadakan di Bella Vista, Langkawi pada 24 - 26 Februari 2015.

Ia diadakan bertujuan untuk menilai dan menganalisis pencapaian Pelan Perancangan Strategik dan Pelan Komprehensif Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha SPK bagi tahun 2011 - 2015. Di bawah Pejabat Setiausaha SPK terdapat lima (5) unit iaitu:

  1. Unit Pelantikan dan Hubungan Antarabangsa
  2. Unit Penyelidikan dan Perhubungan Awam
  3. Unit Kewangan
  4. Unit Sumber Manusia, Inovasi dan Pentadbiran
  5. Unit Teknologi Maklumat

Tiap-tiap unit telah diminta untuk membentangkan pencapaian bagi tahun 2011 - 2015 dan perbincangan mengenai penyediaan Pelan Perancangan Strategik dan Pelan Komprehensif Pengurusan Sumber Manusia 2016 - 2020.