Upacara Penerimaan Watikah Pelantikan dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diadakan pada 23 September 2017 di Istana Negara. Upacara itu kemudian diikuti oleh Majlis Angkat Sumpah di hadapan YAA Ketua Hakim Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, dan YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang diadakan pada 25 September 2017 di Istana Kehakiman.

Ucapan Tahniah daripada Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman kepada Hakim yang telah dilantik :

Hakim Mahkamah Persekutuan

YA Dato' Alizatul Khair binti Osman Khairuddin

Hakim Mahkamah Rayuan

1. YA Dato' Suraya binti Othman

2. YA Datuk Yeoh Wee Siam

3. YA Dato' Rhodzariah binti Bujang