Upacara Penerimaan Watikah Pelantikan dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diadakan pada 23 September 2017 di Istana Negara. Upacara itu kemudian diikuti oleh Majlis Angkat Sumpah di hadapan YAA Ketua Hakim Negara, YAA Hakim Besar Malaya, dan YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang diadakan pada 28 September 2017 di Istana Kehakiman.

Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengucapkan tahniah kepada YAA Tan Sri Dato' Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin di atas pelantikan.