Pada hari Sabtu, 15 April 2017 telah diadakan Program 1 Hari Ketua Hakim Negara bersama Hakim Mahkamah Tinggi/Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam bertempat di Dewan Bankuet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Program ini diadakan bagi membolehkan YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus bin Sharif Kursus, Ketua Hakim Negara memantau Laporan Prestasi Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam serta menyampaikan amanat beliau.

Pembentangan pencapaian Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh Hakim-Hakim Pengurus telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Sivil dan Bahagian Jenayah. YA Tan Sri Datuk Ramly bin Haji Ali, Hakim Mahkamah Persekutuan telah membentangkan pencapaian Bahagian Sivil sementara YA Dato’ Rohana binti Yusuf, Hakim Mahkamah Rayuan telah membentangkan pencapaian Bahagian Jenayah.

Seramai 13 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 7 orang Pesuruhjaya Kehakiman daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menghadiri program ini bagi mendapatkan maklum balas mengenai pencapaian prestasi masing-masing. YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus bin Sharif Kursus, Ketua Hakim Negara telah mengarahkan pemantauan berterusan dilakukan bagi meningkatkan prestasi khususnya dalam menyelesaikan kes-kes pra tahun 2016.