Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman  (SPK) diadakan setiap bulan sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 13(1) Akta 695. Mesyuarat ini secara umumnya membincangkan inisiatif untuk meningkatkan kecekapan dan prestasi Badan Kehakiman. Mesyuarat tersebut turut memberi fokus ke atas usaha untuk meningkatkan prestasi hakim-hakim mahkamah atasan melalui pelaksanaan program latihan secara lebih terancang terutama bagi memantapkan penulisan penghakiman dan pengurusan kes.