Lawatan dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Komplek mahkamah Ipoh, Perak 15 Mac 2012

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 3/2012 di Kompleks Mahkamah Ipoh, Perak pada 15 Mac 2012.Anggota Suruhanjaya juga telah mengadakan lawatan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret dan Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi serta sudut mediasi. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat usaha menambahbaik sistem penyampaian mahkamah-mahkamah di Perak.

Selepas sesi lawatan, Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan dan taklimat oleh YA Dato’ Jeffrey Tan Kok Wha, Hakim Mahkamah Rayuan, selaku Hakim Pengurus Negeri Perak dan Tuan Roslan Bin Haji Abu Bakar, Pengarah Mahkamah Negeri Perak mengenai penyelesaian kes-kes tertunggak dan kes-kes baru di seluruh mahkamah di Negeri Perak.