Mesyuarat dan Lawatan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah 3 Disember 2012

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 12/2012 di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah pada 3 Disember 2012. Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan dan taklimat oleh Tuan Ismail Bin Brahim, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah mengenai penyelesaian kes-kes tertunggak dan kes-kes baru di seluruh mahkamah di Negeri Sabah.Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat usaha menambahbaik sistem penyampaian mahkamah-mahkamah di Sabah.

Selepas sesi mesyuarat, YAA Tun Arifin bin Zakaria melancaran buku "The Civil Trial Guidebook" yang mengandungi 42 bab dan kompilasi dari 51 penyumbang, termasuk Hakim, Pesuruhjaya Kehakiman dan Pegawai Undang-undang. Penerbitan buku tersebut mengambil masa dua tahun untuk dihasilkan dengan diterajui oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum.Tiga orang penyunting buku tersebut ialah Pesuruhjaya Kehakiman, YA Tuan Ravinthran a/l N. Paramaguru, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Dato' Jagjit Singh a/l Bant Singh dan Timbalan Pendaftar Kanan, Pradeep Singh a/l Argan Singh.Buku Panduan ini adalah projek Kelab Sukan dan Reaksi Sabah dan Sarawak. Royalti hasil jual buku tersebut akan disumbangkan kepada anak yatim di Sabah dan Sarawak.