Mesyuarat Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan tahun 2014, 6-8 Disember 2014

Mesyuarat Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan Tahun 2014 telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis pada 6-8 Disember 2014. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali kedua. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 16-17 Disember 2013 di Johor Bahru.

Seramai 37 orang hakim telah menghadiri mesyuarat ini. Mereka terdiri daripada YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara selaku Pengerusi Mesyuarat, YAA Tan Sri Md. Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya, YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, 10 Hakim Mahkamah Persekutuan dan 23 Hakim Mahkamah Rayuan.

Mesyuarat ini bertujuan untuk melihat semula cadangan dan keputusan yang telah dibuat pada mesyuarat yang lalu dan membincangkan kertas cadangan yang disediakan oleh hakim.