Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 6/2022 dan Program Outreach, Terengganu

Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 6/2022 telah diadakan pada petang 22 Jun 2022 (Rabu) di Tanjong Jara Resort, Dungun, Terengganu.

Program disusuli pada pagi keesokan harinya, 23 Jun 2022 (Khamis) dengan lawatan oleh Anggota-Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ke Mahkamah Dungun, Terengganu. YA Dato’ Hassan bin Abdul Ghani, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah menyampaikan Taklimat Prestasi Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan diikuti pula dengan Taklimat Prestasi Mahkamah-Mahkamah Rendah Negeri Terengganu yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Dazuki bin Ali, Pengarah Mahkamah Negeri Terengganu dalam lawatan itu.

Anggota-Anggota Suruhanjaya kemudiannya bertolak ke Pengkalan Gawi bagi tujuan Program Outreach. Anggota-Anggota Suruhanjaya terlebih dahulu makan tengah hari di Boat House, Tasik Kenyir sebelum ke Kenyir Elephant Conservation Village (KECV). Aktiviti-Aktiviti yang terlibat di KECV ialah canopy walk, memberi gajah makan, dan menyaksikan gajah mandi.