Kursus “Appellate Judgment Writing” telah diadakan pada 21 Mac 2019 (Khamis) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan kemahiran penulisan penghakiman rayuan di kalangan Hakim-Hakim Mahkamah Atasan di Malaysia. Program separuh hari ini terbahagi kepada 2 sesi. Sesi pertama ialah ceramah bertajuk “Civil Appeal Judgment” yang disampaikan oleh YA Justice Judith Prakash, Hakim Mahkamah Rayuan Singapura; dan YA Datuk Nallini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia. Sesi kedua yang bertajuk “Criminal Appeal Judgment” telah disampaikan oleh YA Justice Chao Hick Tin, Hakim Kanan di Mahkamah Rayuan Singapura; dan YA Tan Sri Idrus bin Harun, Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia. Sesi Soal Jawab juga telah diadakan selepas kedua-dua ceramah tersebut berakhir.

Seramai 16 orang peserta yang kesemuanya terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan telah menghadiri program ini. Program ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya; dan YAA Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak.