Lawatan dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Kompleks Mahkamah Alor Setar, Kedah. 18 Mei 2011

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 5/2011 di Kompleks Mahkamah Alor Setar, Kedah pada 18 Mei 2011. Sebelum mesyuarat tersebut, terlebih dahulu  Anggota Suruhanjaya telah diperkenan mengadap Ke bawah Duli Yang Maha  Mulia Sultan Kedah di Istana Anak Bukit.

Anggota Suruhanjaya juga telah mengadakan lawatan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret dan Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi serta sudut mediasi. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat usaha menambahbaik sistem penyampaian mahkamah-mahkamah di Alor Setar.

Selepas sesi lawatan, Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan dan taklimat oleh YA Datuk Haji Suriyadi b. Halim Omar, Hakim Mahkamah Persekutuan, selaku Hakim Pengurus Negeri Kedah mengenai penyelesaian kes-kes tertunggak dan kes-kes baru di seluruh mahkamah di Negeri Kedah. Suruhanjaya mengucapkan tahniah di atas kejayaan mahkamah Negeri Kedah yang telah berjaya melupuskan kes-kes tertunggak dan hasilnya majority kes-kes yang ada di mahkamah Negeri Kedah adalah kes-kes semasa iaitu kes-kes yang didaftar dalam tahun 2010 ke atas.  SYABAS!