Mesyuarat Dan Lawatan Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah

Bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diadakan pada 9 Oktober 2017, Anggota-anggota Suruhanjaya telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah bertempat di Istana Negeri, Kota Kinabalu, Sabah. YAA Tun Raus Sharif selaku Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah memberi taklimat mengenai prestasi dan pencapaian Badan Kehakiman serta penambahbaikan yang telah dilakukan ke atas badan tersebut.

Program ini kemudiannya telah disusuli dengan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diadakan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Di samping mesyuarat, Anggota-anggota Suruhanjaya telah diberi taklimat dan penerangan mengenai statistik penyelesaian kes-kes sivil dan jenayah di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Negeri Sabah.

Selepas sesi taklimat, Anggota Suruhanjaya telah melawat dan diberi taklimat mengenai tahap kemajuan pembinaan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu yang baharu yang dijangka siap dibina pada tahun 2018.

 kk court3 kk court4 
kk court5 kk court6
kk court1 kk court2