Mesyuarat Dan Lawatan Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Komplek Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah

Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil.1/2019 telah diadakan pada 17 Januari 2019 (Khamis) di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah. 

Mesyuarat ini adalah pertama kali diadakan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah yang baharu sejak bangunan tersebut mula beroperasi sepenuhnya pada bulan September 2018. Mesyuarat ini diadakan bersekali dengan "Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2019" yang diadakan keesokkan harinya juga bertempat di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah.