How To Deal With Cases Under 39B of The Dangerous Drugs Act 1952, 14th - 15th July 2012

Kursus “How To Deal With Cases Under 39B of The Dangerous Drugs Act 1952” Siri 2 telah diadakan di Putrajaya Marriott Hotel & Spa, Putrajaya pada 14 - 15 Julai 2012 (Sabtu dan Ahad).

Fasilitator-fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YA Dato’ Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Datuk Wira Mohtarudin bin Baki, Hakim Mahkamah Rayuan. Seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada 8 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 6 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini seperti berikut:

1. YA Dato’ Mohd. Sofian bin Tan Sri Abd. Razak - Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
2. YA Dato’ Hinshawati binti Shariff - Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
3. YA Datuk Yew Jen Kie - Hakim Mahkamah Tinggi, Sibu
4. YA Tuan Kamardin bin Hashim - Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
5. YA Dato’ Umi Kalthum binti Abdul Majid - Hakim Mahkamah Tinggi, Muar
6. YA Dato’ Noraini binti Abdul Rahman - Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
7. YA Datuk Nor Bee binti Ariffin - Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
8. YA Puan Hadhariah binti Syed Ismail - Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
9. YA Dato’ Zakiah binti Kassim - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Alor Setar
10. YA Puan Nurmala binti Salim - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
11. YA Tuan Chew Soo Ho - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
12. YA Tuan Lee Heng Cheong - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu
13. YA Datuk Hanipah binti Farikullah - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpu
14. YA Tuan Samsudin bin Hassan - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Johor Bahru

Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Di sesi pertama, setiap peserta membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator. Ia berkaitan dengan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 terutama yang melibatkan peruntukan seksyen 39B serta beberapa peruntukan undang-undang lain yang berkaitan seperti Kanun Acara Jenayah. Tajuk-tajuk perbincangan tersebut seperti berikut:

(i) Meaning of Prima Facie Case and Evaluation of Evidence At The End of Prosecution Case
oleh: YA Tuan Samsudin bin Hassan
(ii) Chain of Evidence / Evidence By Chemist
oleh: YA Dato’ Mohd. Sofian bin Tan Sri Abd. Razak
(iii) Direct Proof of Trafficking (Section 2 of The Dangerous Drugs Act 1952)
oleh: YA Dato’ Hinshawati binti Shariff
(iv) Agent Provocateur / Informer
oleh: YA Datuk Yew Jen Kie
(v) Proof of Trafficking By Using Presumptions Section 37 (d), Section 37 (da) and Other Presumptions Under Section 37 of Dangerous Drugs Act 1952
oleh: YA Dato’ Umi Kalthum binti Abdul Majid
(vi) Reasonable Doubt and Evaluation of Evidence At The End of Defence Case - oleh: YA Dato’ Noraini binti Abdul Rahman
(vii) Reduction of Charge By Court
oleh: YA Datuk Nor Bee binti Ariffin
(viii) Section 27 And Section 8 of The Evidence Act
oleh: YA Puan Hadhariah binti Syed Ismail
(ix) Common Intention (Section 34 of The Penal Code)
oleh: YA Dato’ Zakiah binti Kassim
(x) Circumstancial Evidence In Drug Related Cases
oleh: YA Puan Nurmala binti Salim
(xi) Corroboration - oleh: YA Tuan Chew Soo Ho
(xii) Contradiction and Impeachment
oleh: Tuan Lee Heng Cheong
(xiii) Application of Section 422 of CPC and Section 167 of Evidence Act 1950
oleh: YA Datuk Hanipah binti Farikullah
(xiv) Duty of Defence To Put His Case During Prosecution’s Case
oleh: YA Tuan Samsudin bin Hassan
(xv) Adverse Inference Section 114g of Evidence Act
oleh: YA Tuan Kamardin bin Hashim

Di sesi kedua, peserta-peserta telah membincangkan 7 alasan penghakiman perbicaraan jenayah yang berkaitan dengan peruntukan seksyen 39B yang disediakan oleh fasilitator. Peserta-peserta telah dipilih secara rawak pada permulaan sesi kedua untuk membuat pengenalan terhadap kes-kes yang dibincangkan.