Company Law, 23-24 Februari 2013

Kursus “Company Law” merupakan kursus yang pertama diadakan di bawah Akademi Kehakiman bagi tahun 2013. Ia telah diadakan pada 23-24 Februari 2013 di Putrajaya. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada 7 Hakim Mahkamah Tinggi dan 8 Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini.

Kursus ini telah dikendalikan oleh 3 orang hakim fasilitator yang berpengalaman luas dalam bidang Company Law iaitu YA Dato’ Hishamudin b. Md. Yunus, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Mohamad Ariff b. Md. Yusof, Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Puan Nallini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama fasilitator-fasilitator telah membentangkan kertas pengenalan kepada Company Law yang terdapat di United Kingdom dan di Malaysia. Ia kemudian diikuti dengan Bahagian Kedua iaitu pembentangan kertas kerja oleh peserta-peserta mengikut tajuk-tajuk yang telah diberikan terlebih awal oleh fasilitator sebelum mereka datang menghadiri kursus. Setiap pembentangan disusuli dengan perbincangan. Sebanyak 15 tajuk kertas perbincangan telah dibentangkan dalam kursus ini.