Talk on Ouster Clause: The UK Experience by Prof. Emeritus Carol Harlow QC (Hon)

Program “Talk on Ouster Clause: The UK Experience by Prof. Emeritus Carol Harlow QC (Hon)” telah diadakan pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) di Dewan Bankuet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pemahaman menyeluruh berkenaan pengalaman negara United Kingdom ke atas Ouster Clause. Program ini merupakan program latihan keempat di bawah Akademi Kehakiman Malaysia pada tahun 2021 dan yang ketiga dilaksanakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Pelaksanaan program yang dilakukan secara atas talian ini adalah untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengawal penularan pandemik COVID-19. Program ini telah dilaksanakan secara hibrid iaitu penceramah dan para peserta hadir secara atas talian.

Seramai 112 orang peserta yang terdiri daripada 6 orang Hakim Mahkamah Persekutuan, 13 Hakim Mahkamah Rayuan, 30 orang Hakim Mahkamah Tinggi, 36 orang Pesuruhjaya Kehakiman, dan 27 orang Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar/Pegawai Khas/Pegawai Penyelidik/Pegawai Undang-Undang telah menghadiri program ini.

Program selama separuh hari ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara. Program kemudian diteruskan oleh sesi pengenalan oleh YA Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Hakim Mahkamah Rayuan yang bertindak sebagai moderator sebelum Prof. Emeritus Carol Harlow QC (Hon), pensyarah undang-undang di London School of Economics (LSE) memulakan ceramah beliau. Sesi ceramah tersebut telah diakhiri dengan sesi soal-jawab dan penilaian kursus secara atas talian oleh para peserta program.