Section 302 of the Penal Code 1/2023, 30 Mei 2023

Kursus “Section 302 of the Penal Code 1/2023” telah diadakan di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya pada 30 Mei 2023 (Selasa). Objektif kursus ini adalah ke arah pemahaman yang lebih baik mengenai Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seramai 25 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 20 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan lima orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini turut dihadiri oleh YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman, dan YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Anggota Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman. Fasilitator-fasilitator yang mengendalikan kursus ini ialah YA Dato’ Nordin bin Hassan, Hakim Mahkamah Persekutuan, dan YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan.

Lima tajuk perbincangan telah dibentangkan dalam kursus ini iaitu “The Offence of Murder and The Offence of Culpable Homicide Not Amounting to Murder Under The Penal Code – Concept and Elements of The Offences”, “Sections 34 and 149 of The Penal Code”, “Evidence of Forensic Pathologist”, “Witnesses”, dan “Corroboration”. Setiap pembentangan telah mengambil masa selama satu jam termasuk dengan masa perbincangan antara para peserta, dan fasilitator.