Jumaat, 29 Mac 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

tahun 2023

  • Bengkel Kehakiman mengenai Undang-Undang dan Amalan Harta Intelek: Isu-Isu yang Muncul mengenai Undang-Undang Tanda Dagangan, 26 Oktober 2023

    “Bengkel Kehakiman mengenai Undang-Undang dan Amalan Harta Intelek: Isu-Isu yang Muncul mengenai Undang-Undang Tanda Dagangan” telah diadakan pada 26 Oktober 2023 (Khamis) di Dewan Bankuet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberikan peserta-peserta pemahaman yang menyeluruh mengenai isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang tanda dagangan. Program ini telah dilaksanakan secara hibrid iaitu sebahagian peserta telah hadir secara fizikal manakala kebanyakan peserta yang lain telah hadir secara atas talian. Program ini dianjurkan secara kerjasama antara Akademi Kehakiman Malaysia dan Persatuan Tanda Dagangan Antarabangsa (INTA).

    Program selama satu hari ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia. Program kemudian diteruskan dengan sesi pertama yang telah dikendalikan oleh YA Tuan Mohamed Zaini bin Mazlan, Hakim Mahkamah Rayuan sebagai moderator untuk ceramah “Emerging Technologies and IP: AI, NFTs, Block Chain and its Relevance for an Impact on IPR” yang telah disampaikan oleh Dr. Stanley Lai daripada SC: Allen & Gledhill; dan Encik Bahari Yeow daripada RDS Law Partners. Sesi kedua telah diteruskan dengan ceramah “Bad Faith in Trademark Cases: Prosecution, Judicial Proceedings, Online Implications: INTA’s Board Resolution” yang telah disampaikan oleh Cik Iris Gunther, Pengarah Penguatkuasaan Jenama dan Kemampanan, INTA; dan Encik Nick Redfearn, Pengetua, Ketua Global Penguatkuasaan, Rouse-Jakarta. YA Tuan Azlan bin Sulaiman, Pesuruhjaya Kehakiman telah mengendalikan sesi ketiga sebagai moderator untuk ceramah “Case Discussion Bad Faith: Triple D Trading Pte. Ltd. v. Fanco Fan Marketing Pte. Ltd.” yang telah disampaikan oleh YA Justice Dedar Singh Gill, Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Agung Singapura. Sesi keempat pula telah dikendalikan oleh moderator YA Dato’ Dr. Choo Kah Sing, Hakim Mahkamah Rayuan bagi ceramah “IP Enforcement – Dynamic Blocking Injuctions – Process, Requirements, Case Examples” yang disampaikan oleh Dr. Nicolas Schmitz, Gruneker, Firma Guaman Munich, Germany; dan YA Justice Manmohan, Hakim Mahkamah Tinggi Delhi. Manakala sesi kelima yang terakhir dengan ceramah “Bad Faith International Comparison (Sky v. SkyKick)” telah disampaikan oleh YA Lord Justice Richard Arnold, Hakim Mahkamah Rayuan England dan Wales dengan YA Dato’ Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali, Hakim Mahkamah Rayuan berperanan sebagai moderator.

     

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 7/2023, 12 Jun 2023

    Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 7/2023 telah diadakan pada pagi 12 Jun 2023 (Isnin) di Hotel Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat ini telah dimulakan dengan Taklimat Prestasi dan Statistik Mahkamah Tinggi Negeri Sabah, dan Taklimat Prestasi dan Statistik Mahkamah Rendah Negeri Sabah. Program tersebut kemudiannya disusuli dengan sesi mesyuarat.

    Setelah selesai sesi mesyuarat, program bersambung dengan lawatan ke sekitar Mahkamah Tuaran yang terletak tidak jauh daripada lokasi mesyuarat diadakan. Lawatan tersebut mengambil masa kira-kira hampir satu jam. Anggota-Anggota Suruhanjaya kemudiannya setelah makan tengah hari bertolak ke Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah bagi tujuan Program Outreach. Anggota-Anggota Suruhanjaya telah diperkenalkan dengan kebudayaan rumpun Bajausama Sabah semasa Program Outreach tersebut.

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Lawatan Ke Mahkamah Negeri Pulau Pinang

    Program satu hari ini dimulakan pada pagi 28 Julai 2023 (Jumaat) dengan lawatan anggota-anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diketuai oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara merangkap Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ke Bangunan Warisan Mahkamah Negeri Pulau Pinang. Pembentangan Statistik Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Pembentangan Statistik Mahkamah Rendah Pulau Pinang telah dilakukan sebagai sebahagian daripada aturcara lawatan tersebut. Manakala Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 8/2023 telah diadakan pada sebelah petangnya di Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa Pulau Pinang. Statistik Mahkamah Rayuan telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut oleh Puan Jumirah binti Marjuki, Pendaftar Mahkamah Rayuan.

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Serta Pembukaan Tahun Perundangan Sabah Dan Sarawak 2023 Di Miri, Sarawak

    Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 1/2023 telah diadakan pada petang 13 Januari 2023 (Jumaat) di Waterfront 2, Aras 6, Pullman Miri Waterfront, Sarawak. Mesyuarat ini adalah mesyuarat bulanan yang pertama yang telah diadakan di luar daripada Putrajaya pada tahun 2023. Mesyuarat ini diadakan bersekali dengan “Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2023” yang diadakan pada sebelah pagi pada tarikh yang sama bertempat di Kompleks Mahkamah Miri, Sarawak. Satu perarakan yang bermula dari Pullman Miri Waterfront, Sarawak dan berakhir di Kompleks Mahkamah Miri, Sarawak telah diadakan bersempena dengan “Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2023”. Perarakan tersebut telah diketuai oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; YA Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd Diah, Hakim Mahkamah Persekutuan; serta YA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan.

  • Pelantikan Hakim Mahkamah Atasan 13 Jun 2023

    Tahniah kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi, dan Pesuruhjaya Kehakiman yang telah dilantik. 

     

    Hakim Mahkamah Persekutuan

    1. YA Dato’ Abu Bakar bin Jais
    2. YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil

    Hakim Mahkamah Rayuan

    1. YA Dato’ Azmi bin Ariffin
    2. YA Datuk Azhahari Kamal bin Ramli
    3. YA Dato’ S.M. Komathy a/p Suppiah
    4. YA Dato’ Dr. Choo Kah Sing

    Hakim Mahkamah Tinggi

    1. YA Puan Nurulhuda Nur’aini binti Mohamad Nor
    2. YA Puan Norliza binti Othman
    3. YA Tuan Hasbullah bin Adam
    4. YA Dato’ Sri Shamsulbahri bin Haji Ibrahim
    5. YA Tuan Roslan bin Mat Nor
    6. YA Puan Julia binti Ibrahim
    7. YA Dato’ Indera Mohd Arief Emran bin Arifin
    8. YA Dr. John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee
    9. YA Puan Adlin binti Abdul Majid
    10. YA Datuk Mohamad Abazafree bin Mohd Abbas

    Pesuruhjaya Kehakiman

    1. YA Tuan Haldar bin Abdul Aziz
    2. YA Dato’ Faridz Gohim bin Abdullah
    3. YA Puan Indra Nehru a/p Savandiah
    4. YA Puan Roszianayati binti Ahmad
    5. YA Tuan Yusrin Faidz bin Yusoff
    6. YA Tuan Moses Susayan
  • Pelantikan Hakim Mahkamah Atasan 17 Januari 2023

    Tahniah kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi, dan Pesuruhjaya Kehakiman yang telah dilantik. 

     

    Presiden Mahkamah Rayuan

    1. YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim

    Hakim Besar Malaya

    1. YAA Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd Diah

    Hakim Besar Sabah dan Sarawak

    1. YAA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli

    Hakim Mahkamah Persekutuan

    1. YA Dato’ Nordin bin Hassan

    Hakim Mahkamah Rayuan

    1. YA Dato’ Haji Azman bin Abdullah
    2. YA Dato’ Azimah binti Omar
    3. YA Dato’ Lim Chong Fong
    4. YA Dato’ Collin Lawrence Sequerah
    5. YA Tuan Mohamed Zaini bin Mazlan
    6. YA Datuk Wong Kian Kheong

    Hakim Mahkamah Tinggi

    1. YA Dato’ Norsharidah binti Awang
    2. YA Tuan Tee Geok Hock
    3. YA Datuk Hajah Zaleha Rose binti Datuk Haji Pandin
    4. YA Puan Alice Loke Yee Ching
    5. YA Dato’ Azhar bin Abdul Hamid
    6. YA Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari
    7. YA Tuan Bhupindar Singh a/l Gurcharan Sing Preet
    8. YA Puan Mahazan binti Mat Taib
    9. YA Tuan Ahmad Murad bin Abdul Aziz
    10. YA Puan Liza Chan Sow Keng
    11. YA Tuan Wan Muhammad Amin bin Wan Yahya

    Pesuruhjaya Kehakiman

    1. YA Puan Zaharah binti Hussain
    2. YA Puan Sumathi a/p Murugiah
    3. YA Puan Suzana binti Muhamad Said
    4. YA Puan Evawani Farisyta binti Mohammad
    5. YA Puan Wendy Ooi Su Ghee
  • Pelantikan Hakim Mahkamah Atasan 21 Jun 2023

    Tahniah kepada Hakim Mahkamah Rayuan yang telah dilantik. 

     

    Hakim Mahkamah Rayuan

    1. YA Dato' Azizul Azmi bin Adnan
  • Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman 17 Mac 2023

    Tahniah kepada Pesuruhjaya Kehakiman yang telah dilantik. Nama tersebut adalah seperti berikut:

    Pesuruhjaya Kehakiman

    1. YA  Dr. Choong Yeow Choy
  • Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman 8 Disember 2023

    Tahniah kepada Pesuruhjaya Kehakiman yang telah dilantik. Nama tersebut adalah seperti berikut:

    Pesuruhjaya Kehakiman

    1. YA Dato' Raja Rozela binti Raja Toran
    2. YA Puan Arziah binti Mohamed Apandi
    3. YA Dato' Hazizah binti Kassim
    4. YA Tuan Kan Weng Hin
    5. YA Tuan Mohd Rosli bin Yusoff
    6. YA Tuan Gan Techiong
    7. YA Puan Suriyati Hasimah binti Mohd Hashim
    8. YA Puan Maslinda @ Linda binti Mohd Ainal
    9. YA Tuan Saiful Azian bin Mokhtar
  • Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman, 7-10 Februari 2023

    “Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman” telah diadakan pada 7-10 Februari 2023 (Selasa-Jumaat) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta akan skop dan bidang-bidang tugas serta amalan-amalan terbaik (best practices) yang mesti diikuti ketika menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

    Seramai 13 orang calon yang telah dan akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini iaitu YA Puan Roz Mawar binti Rozain, YA Puan Fathiyah binti Idris, YA Puan Wan Fadhilah Nor binti Wan Idris, YA Puan Rofiah binti Mohamad, YA Puan Wong Mee Ling, YA Dato’ Raja Mohzanuddin Shah bin Raja Mohzan, YA Tuan Suria Kumar a/l Durairaj Johnson Paul, YA Puan Zaharah binti Hussain, YA Puan Sumathi a/p Murugiah, YA Dr. Suzana binti Muhamad Said, YA Puan Evawani Farisyta binti Mohammad, YA Dr. Wendy Ooi Su Ghee, dan YBrs. Prof. Dr. Choong Yeow Choy.

    Kursus ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara dan diikuti oleh taklimat kursus yang disampaikan oleh YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankusa Latihan, Akademi Kehakiman. Kursus selama empat hari ini telah dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan diikuti dengan sesi soal-jawab. Sebanyak 12 ceramah telah disampaikan oleh hakim-hakim kanan iaitu “Judges’ Code of Ethics”, “Joint Session with Chief Judge of Malaya and Chief Judge of Sabah and Sarawak”, “Conducting Civil Cases – Challenges and Pitfalls”, “Virtual Hearings”, “Contempt Proceedings”, “Case Management - Civil and Criminal, Court Annexed Mediation”, “When to Recuse”, “Criminal Trials and Applications”, “Reading Statutes”, “Managing Judicial Review and Family Cases”, “Judgment Writing Workshop: Issues Based Approach in Judgment Writing”, dan “Judgment Writing Workshop: Challenges in Judgment Writing”. Manakala ceramah-ceramah yang bertajuk “e-Court System and e-Review”, dan “Salaries, Allowances and Benefits of Judges” telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia. YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara telah menyampaikan sijil kepada semua peserta kursus setelah kursus tamat.

  • Ringkasan 2023

    RINGKASAN PELANTIKAN HAKIM MAHKAMAH ATASAN TAHUN 2023
    Bil. Hakim Mahkamah Atasan Bilangan Pelantikan
    1. Ketua Hakim Negara, Malaysia 0
    2. Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia 1
    3. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya 1
    4. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak 1
    5. Hakim Mahkamah Persekutuan 3
    6. Hakim Mahkamah Rayuan 11
    7. Hakim Mahkamah Tinggi 21
    8. Pesuruhjaya Kehakiman 21
      Jumlah 59
  • Section 302 of the Penal Code 1/2023, 30 Mei 2023

    Kursus “Section 302 of the Penal Code 1/2023” telah diadakan di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya pada 30 Mei 2023 (Selasa). Objektif kursus ini adalah ke arah pemahaman yang lebih baik mengenai Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Seramai 25 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 20 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan lima orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini turut dihadiri oleh YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman, dan YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Anggota Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman. Fasilitator-fasilitator yang mengendalikan kursus ini ialah YA Dato’ Nordin bin Hassan, Hakim Mahkamah Persekutuan, dan YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan.

    Lima tajuk perbincangan telah dibentangkan dalam kursus ini iaitu “The Offence of Murder and The Offence of Culpable Homicide Not Amounting to Murder Under The Penal Code – Concept and Elements of The Offences”, “Sections 34 and 149 of The Penal Code”, “Evidence of Forensic Pathologist”, “Witnesses”, dan “Corroboration”. Setiap pembentangan telah mengambil masa selama satu jam termasuk dengan masa perbincangan antara para peserta, dan fasilitator.

  • Seksyen 302 Kanun Keseksaan 2/2023, 8 September 2023

    Kursus “Seksyen 302 Kanun Keseksaan 2/2023” telah diadakan di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya pada 8 September 2023 (Jumaat). Objektif kursus ini adalah ke arah pemahaman yang lebih baik mengenai Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Seramai 29 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada lima orang Hakim Mahkamah Rayuan, 22 orang Hakim Mahkamah Tinggi, dan dua orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini turut dihadiri oleh YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman; dan YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Anggota Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman. Fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada tiga orang Hakim Mahkamah Persekutuan telah mengendalikan kursus ini iaitu YA Dato’ Nordin bin Hassan, YA Dato’ Abu Bakar bin Jais, dan YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil.

    Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan dengan keahlian tujuh atau lapan orang bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan telah dikehendaki melakukan perbincangan ke atas tajuk-tajuk khusus berkaitan kursus ini dan seterusnya membentangkan hasil perbincangan tersebut. Tajuk-tajuk perbincangan tersebut ialah “The Offence of Murder and the Offence of Culpable Homicide Not Amounting to Murder Under the Penal Code – Concept and Elements of The Offences”, “Distinguishing Features and Application of Sections 34 and 149 of the Penal Code”, “The Defence of Insanity Under Section 84 of the Penal Code”, dan “Treatment of Expert and Corroborative Evidence”.

  • Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, 4 Ogos 2023

    Kursus “Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952” telah diadakan pada 4 Ogos 2023 (Jumaat) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan pemahaman komprehensif aspek material undang-undang mengenai Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Program ini merupakan program latihan keempat di bawah Akademi Kehakiman Malaysia pada tahun 2023. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada empat orang Hakim Mahkamah Rayuan, dan 26 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri program ini.

    Program selama satu hari ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia. Program kemudian diteruskan dengan dua ceramah pada sesi pagi iaitu “Duty of Trial Judge at the End of the Case for the Prosecution and at the Conclusion of the Trial (Part 1)” yang disampaikan oleh YA Dato’ Zabariah binti Mohd. Yusof, Hakim Mahkamah Persekutuan, dan “Duty of Trial Judge at the End of the Case for the Prosecution and at the Conclusion of the Trial (Part 2)” yang disampaikan oleh YA Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Hakim Mahkamah Persekutuan. Manakala ceramah “Common Mistakes Made by a Trial Judge” disampaikan pada sesi petang oleh YA Dato’ Nordin bin Hassan, Hakim Mahkamah Persekutuan; dan YA Dato’ Hashim bin Hamzah, Hakim Mahkamah Rayuan.

  • Writing Better Judgments 1/2023, 9-11 Mac 2023

    Kursus “Writing Better Judgments 1/2023” telah diadakan pada 9-11 Mac 2023 (Khamis-Sabtu) di The Saujana Hotel Kuala Lumpur. Objektif kursus ini adalah untuk memperkenalkan konsep utama 5C yang mensasarkan peningkatan kebolehan sebagai penulis alasan penghakiman yang jelas (clear), ringkas (concise), menyeluruh (comprehensive), koheren (coherent) dan meyakinkan (convincing).

    Kursus selama tiga hari ini terbahagi kepada 11 sesi yang terdiri daripada sesi bekenaan “Why Good Judgments Matter?”, “Issues Based Approach to Judgment Writing: The Conceptual Framework”, “The First Page and Creating Headings”, “First Breakout Group Session: Individual Feedback Session and Exercise on Re-writing the First Page and Creating Headings”, “Challenges of Judgment Writing” / “The Structural Construct of an Issues Based Judgment”, “The Road to Judgment”, “Workshop on Practical Issue Identification”, “Second Breakout Group Session: Workshop – Review of the Re-written First Page and List of Headings”, “Issues Based Approach Judgment Writing in Criminal Cases (Section 39B of The Dangerous Drugs Act 1952)”, “Managing Procrastination and Competing Priorities” dan “Third Breakout Group Session: Workshop – Review of The Re-written Submitted Judgment”.

    Setiap peserta diberi tugasan untuk menulis semula sampel alasan penghakiman berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah disarankan dalam kursus ini dan seterusnya mengemukakan alasan penghakiman berkenaan kepada fasilitator-fasilitator kumpulan masing-masing. Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada enam ahli bagi setiap kumpulan. Semua peserta setiap kumpulan telah dibimbing oleh tiga orang fasilitator yang terdiri daripada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.

    Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada enam orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 18 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Barisan fasilitator kursus ini ialah YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim, Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; YA Dato’ Zabariah binti Mohd. Yusof, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato' Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Dato’ Nordin bin Hassan, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Hanipah binti Farikullah, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Seri Kamaludin bin Md Said, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Has Zanah binti Mehat, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Lee Swee Seng, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Ravinthran a/l N. Paramaguru, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Dato’ Gunalan a/l Muniandy, Hakim Mahkamah Rayuan.

  • Writing Better Judgments 2/2023, 21-23 September 2023

    Kursus “Writing Better Judgments 2/2023” telah diadakan pada 21-23 September 2023 (Khamis-Sabtu) di Zenith Hotel Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk mencapai 5C dalam penulisan alasan kehakiman supaya jelas (clear), ringkas (concise), menyeluruh (comprehensive), koheren (coherent) dan meyakinkan (convincing).

    Kursus selama tiga hari ini terbahagi kepada 12 sesi berkenaan “Why Good Judgments Matter?”, “Issues Based Approach to Judgment Writing: The Conceptual Framework”, “The First Page and Creating Headings”, “First Breakout Group Session: Individual Feedback Session and Exercise on Re-writing the First Page and Creating Headings”, “The Structural Construct of an Issues Based Judgment”, “Issues Based Approach Judgment Writing in Criminal Cases”, “Challenges of Judgment Writing”, “The Road to Judgment”, “Second Breakout Group Session: Workshop – Review of the Re-written First Page and List of Headings”, “Managing Procrastination and Competing Priorities”, “Workshop on Practical Issue Identification” dan “Third Breakout Group Session: Workshop – Review of The Re-written Submitted Judgment”.

    Setiap peserta diberi tugasan untuk menulis semula sampel alasan penghakiman berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah disarankan dalam kursus ini dan seterusnya mengemukakan alasan penghakiman berkenaan kepada fasilitator-fasilitator kumpulan masing-masing. Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada lima ahli bagi setiap kumpulan dengan setiap kumpulan dibimbing oleh tiga orang fasilitator yang terdiri daripada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.

    Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada 12 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 8 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Barisan fasilitator kursus ini ialah YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim, Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Dato’ Abdul Rahman bin Sebli, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; YA Dato’ Zabariah binti Mohd. Yusof, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato' Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Pesekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Dato’ Nordin bin Hassan, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Dato’ Abu Bakar bin Jais, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Datuk Hanipah binti Farikullah, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Seri Kamaludin bin Md Said, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Lee Swee Seng, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Ravinthran a/l N. Paramaguru, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Che Mohd Ruzima bin Ghazali, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Datuk See Mee Chun, Hakim Mahkamah Rayuan.

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 29 Mac 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 1161 | Semalam 1268 | Mingguan 5480 | Bulanan 29274 | Semua 4354828