Pelantikan anggota baru Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang dibuat mengikut sub seksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) berkuatkuasa 17 April 2017 ialah:-

1.YABhg. Tun Arifin bin Zakaria, mantan Ketua Hakim Negara, 
2.YBhg. Dato' Anantham a/l Kasinather, pesara Hakim Mahkamah Rayuan, 
3.YBhg. Datu Haji Abdul Razak Tready, pesara Peguam Besar Sabah dan,
4.YBhg. Prof. Dr. Choong Yeow Choy, Pensyarah Falkuti Udang-Undang, Universiti Malaya.

Pelantikan mereka bagi menggantikan anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman iaitu,

1.YBhg. Tan Sri Haidar bin Mohamed Noor,mantan Hakim Besar Malaya , 
2.YBhg. Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, pesara Hakim Mahkamah Persekutuan, 
3.YBhg. Dato’ Selventhiranathan a/l Thiagarajah, pesara Hakim Mahkamah Rayuan dan,
4.YBhg. Dato’ Tee Ah Sing @ Tee Boon Hooi, pesara Hakim Mahkamah Rayuan telah tamat perkhidmatan mereka pada 9 Februari 2017.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan yang telah disumbangkan oleh YBhg. Tan Sri Haidar bin Mohamed Noor, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, YBhg. Dato’ Selventhiranathan a/l Thiagarajah and YBhg. Dato’ Tee Ah Sing @ Tee Boon Hooiselama 2 penggal, bermula pada 10 Februai 2013 hingga 9 Februari 2015 dan dari 10 Februari 2015 hingga 9 Februari 2017.