Khamis, 03 Oktober 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Anggota SPK

  • Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

     

    Yang Amat Arif  Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat

    Ketua Hakim Negara, Malaysia

    SSM, PMN, SPSK, DUPN, DPSK

    Biografi

    Yang Amat Arif Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim

    Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia

    PSM, DA, DSPN

    Biografi 

     -

     

    Yang Amat Arif Tan Sri Dato' Abdul Rahman bin Sebli

    Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak

    PSM, DIMP, PPB 

    Biografi 

     
     Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Yang dilantik oleh YAB Perdana Menteri

     

    YA Tan Sri Datuk Nallini Pathmanathan

    Hakim Mahkamah Persekutuan

    PSM, PMW

     

     

     

    -

     -

     

     -

     

     -

     

  • Carta Organisasi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

    Klik pada igambar untuk melihat yang besar 

  • Gambar Anggota Baru Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

    24 September 2020 | Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara, Putrajaya

    Mesyuarat Bulanan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil.7/2020

  • Gambar Majlis Perpisahan Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (2)

    25 Ogos 2020 | Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara, Putrajaya

    Mesyuarat Bulanan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil.6/2020

  • Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya

    Nama Tarikh Pelantikan
       
  • Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

    Nama Tarikh Pelantikan
    YAA Tan Sri Dato’ Abdul Rahman bin Sebli 17.01.2023
  • Mantan Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

    Mantan Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) yang dilantik oleh YAB Perdana Menteri di bawah section 5(1(f))

    10 Februari 2009 - 9 Februari 2013
    YBhg. Tun Dato' Seri
    Abdul Hamid bin Haji Mohamad
    YBhg. Tan Sri Dato' Seri
    Ainum binti Mohamed Saaid
    YBhg. Tan Sri Datuk Amar
    Steve Shim Lip Kiong
    YBhg. Tan Sri Datuk Wira
    Dr. L.C. Vohrah
           
    10 Februari 2013 - 9 Februari 2017
    YBhg. Tan Sri Haidar
    bin Mohamed Noor
    YBhg. Tan Sri Datuk Seri
    Panglima Sulong Matjeraie
    YBhg. Dato' Selventhiranathan
    a/l Thiagarajah
    YBhg. Dato' Tee Ah Sing
    @Tee Boon Hooi
           
    10 Februari 2017 - 3 September 2018
    YABhg. Tun Arifin bin Zakaria YBhg. Dato' Anantham a/I Kasinather YBhg. Datu Haji Abdul Razak Tready YBhg. Prof. Dr. Choong Yeow Choy 
           
      3 September 2018 - 4 September 2020  
    YBhg. Dato’ Seri Mohd Hishamudin bin Md Yunus YBhg. Datuk Linton Albert YBhg. Dato’ Mah Weng Kwai YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi
           
      4 September 2020 - 3 September 2022  
    YBhg. Tan Sri Datuk Suriyadi bin Halim Omar YBhg. Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham YBhg. Datuk Stephen Chung Hian Guan YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Johan Shamsuddin bin Dato’ Haji Sabaruddin
  • Mantan Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

     

     

    YABhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum

    PSM, SPSK, SSAP, SIMP, SPDK, PGDK

    11 Julai 2018 - 12 April 2019

     

     

    YABhg. Tun Raus Sharif

    SSM, PMN, PSM, SSAP, DUPN, SPDK, SSTM, DA, DMPN, KMN

    1 April 2017 - 10 Julai 2018

     

     

    YABhg. Tun Arifin bin Zakaria

    SSM, PSM, SPMS, SPSK, SPCM, SSAP, DUPN, SPMP, DPMK, DPCM

    12 September 2011 - 31 Mac 2017

     

     

    YABhg. Tun Dato' Seri Zaki bin Tun Azmi

    SSM, PSM, PJN, SPMK, SPCM, SSDK, DSMT, DSDK, JSM, KMN

    10 Februari 2009 - 9 September 2011

  • Pelantikan Anggota Baru Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman,5 September 2022

    PEJABAT SETIAUSAHA

    SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN

     

    KENYATAAN MEDIA


    PELANTIKAN ANGGOTA
    SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN BAGI TEMPOH


    4 SEPTEMBER 2022 HINGGA 3 SEPTEMBER 2024

     

    YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah melantik YABhg. Tun Md Raus bin Sharif, mantan Ketua Hakim Negara; YBhg. Datu Haji Abdul Razak Tready, mantan Peguam Besar Negeri Sarawak dan YBhg. Profesor Madya Datuk Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695]. Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 4 September 2022 hingga 3 September 2024 bagi menggantikan YBhg. Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham, YBhg. Datuk Stephen Chung Hian Guan dan YBhg. Dato’ Profesor Madya Dr. Johan Shamsuddin bin Dato’ Haji Sabaruddin yang telah tamat perkhidmatan mereka pada 3 September 2022 manakala YBhg. Tan Sri Datuk Suriyadi bin Halim Omar, mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dilantik semula sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 4 September 2022 hingga 3 September 2024.


    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan YBhg. Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham, YBhg. Datuk Stephen Chung Hian Guan dan YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Johan Shamsuddin bin Dato’ Haji Sabaruddin yang telah tamat perkhidmatan mereka pada 3 September 2022 semasa tempoh mereka menjadi anggota Suruhanjaya ini.


    Pejabat Setiausaha
    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
    5 September 2022

  • Soalan Lazim

    S: Bilakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ditubuhkan?

    J: Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) telah ditubuhkan pada 2 Februari 2009
    bersempena dengan tarikh berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].

    S: Apakah Fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman?

    J: Fungsi SPK di bawah Seksyen 21 Akta SPK 2009 adalah untuk :-

    • Memilih orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.
    • Menerima permohonan daripada orang berkelayakan bagi pemilihan hakim-hakim ke mahkamah atasan.
    • Merumuskan dan melaksanakan mekanisme bagi pemilihan dan pelantikan hakim mahkamah atasan.
    • Mengkaji semula dan mengesyorkan program kepada Perdana Menteri bagi memperbaik pentadbiran keadilan.
    • Membuat syor lain berkenaan dengan badan kehakiman.
    • Melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang berkesampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].

    S: Siapakah anggota-anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman?

    Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: 
    YAA  Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat
    Ketua Hakim Negara, Malaysia
     
    Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: 
    1) YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim
    Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia
     
    2) 
    Hakim Besar Malaya
     
    3) YAA Tan Sri Dato’ Abdul Rahman bin Sebli
    Hakim Besar Sabah dan Sarawak
     
    Dilantik Oleh YAB Perdana Menteri, Hakim Mahkamah Persekutuan, Malaysia
    4) YA Tan Sri  Nallini Pathmanathan
    Hakim Mahkamah Persekutuan
     
    5) YABhg. Tun Md Raus bin Sharif
    Mantan Ketua Hakim Negara
     
    6) YBhg. Tan Sri Datuk Suriyadi bin Halim Omar
    Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan
     
    7) YBhg. Datu Haji Abdul Razak Tready
    Mantan Peguam Besar Sarawak
     
    8) YBhg. Profesor Datuk Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz
    Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
     

    S: Secara lazimnya, adakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman tertakluk kepada mana-mana Akta di Malaysia? Adakah undang-undang lain dirujuk juga?

    J: Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) dan Perlembagaan Persekutuan

    S: Adakah saya dari kalangan pegawai kehakiman dan perundangan boleh memohon jawatan pesuruhjaya kehakiman sebagaimana pengamal undang-undang?

    J: Ya. Pegawai Kehakiman dan perundangan boleh memohon jawatan Pesuruhjaya Kehakiman melalui borang yang boleh didapati di laman web Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan.

    S: Bagaimanakah pengamal undang-undang serta pegawai perundangan dan kehakiman boleh memohon jawatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman?

    J: Pengamal undang-undang boleh memohon  jawatan Pesuruhjaya Kehakiman secara online di pautan http://www.jac.gov.my/spk/en/permohonan-pesuruhjaya-kehakiman-2.html. Manakala bagi pegawai  perundangan dan kehakiman permohonan boleh dibuat melalui borang yang boleh didapati di laman web SPK dan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan.

    S: Bagaimana status permohonan Pesuruhjaya Kehakiman yang dibuat apabila tidak mendapat apa-apa jawapan dalam tempoh setahun?

    J: Permohonan tersebut hendaklah dibuat semula sekiranya tiada jawapan yang diterima dalam tempoh setahun daripada tarikh permohonan dibuat.

    S: Di manakah borang permohonan atas talian boleh diperolehi?

    J: http://www.jac.gov.my/spk/en/permohonan-pesuruhjaya-kehakiman-2.html

  • Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Abdul Rahman bin Sebli

    Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Abdul Rahman bin Sebli
    Hakim Besar Sabah dan Sarawak
    PSM,DIMP, PPB

    Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Abdul Rahman bin Sebli telah dilahirkan di Sarawak pada 25 Januari 1959. Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah lulus dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1983. Setelah tamat pengajian Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia pada Disember 1983.

    Sebelum Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ dilantik untuk menyertai Badan Kehakiman Malaysia, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah memegang pelbagai jawatan di dalam Kerajaan. Antara jawatan penting yang disandang oleh Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ ialah Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sarawak, Pahang, Kelantan, Kuala Lumpur, Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara Negeri Sarawak, Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dan Miri, Penasihat Undang-undang Negeri Pahang dan Pengarah Bahagian Perundangan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

    Pada 15 September 2008, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Pada 9 Ogos 2010, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya. Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu, Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam dan Johor Bahru sehinggalah Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 12 September 2014.

    Pada 8 Ogos 2019, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan pada 17 Januari 2023 Yang Amat Arif dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

    Pada tahun 2003 sebagai menghargai jasa bakti Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ kepada Negeri Pahang, Yang Amat Arif Dato’ telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’ oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada tahun 2003. Yang Amat Arif Tan Sri Dato' telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkot (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Petuan Agong pada tahun 2023.

    Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah berkahwin dengan YBhg. Puan Sri Datin Sarbanun binti Mokhtar dan dikurniakan tujuh orang anak.

  • Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd Diah

    Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd Diah
    Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya
    DSDK, SMP, SDK

    Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah dilahirkan di Gurun, Kedah pada 1.9.1957. Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1982. 

    Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ memulakan kerjaya dalam bidang kehakiman dan perundangan dengan berkhidmat sebagai Majistret pada tahun yang 1982 di Mahkamah Butterworth Pulau Pinang. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Ketua Unit Pendakwaan bagi Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta Penasihat Undang-Undang bagi Negeri Perlis.

    Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada tahun 2004, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2007 dan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2012. 

    Pada 26 November 2018, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Pada 3 Februari 2022, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

    Pada 7 November 2022, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dilantik oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara untuk menjalankan Kuasa-Kuasa dan Tugas-Tugas Hakim Besar Malaya. Seterusnya, pada 17 Januari 2023, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.

    Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dianugerahkan Pingat Dato’ Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) dari kerajaan Negeri Kedah pada 2006 yang membawa gelaran Dato’. Pada 11 Disember 2018, Yang Amat Arif Tan Sri Dato' telah dianugerahkan Pingat Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) dari kerajaan Negeri Selangor. Yang Amat Arif Tan Sri Dato' telah dianugerahkan Pingat Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Seri Paduka Banginda Yang Di-Pertuan Agong pada tahun 2023.

     

  • Yang Amat Arif Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim

     
    YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim
    Hakim Besar Sabah dan Sarawak
    PSM, DA, DSPN
     

    Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim dilahirkan di Sibu, Sarawak pada 3 Julai 1959. Yang Amat Arif Tan Sri mendapat kelulusan dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi LLB (Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1983.

    Yang Amat Arif Tan Sri telah memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1983 sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Miri, Sarawak dan kemudiannya menjadi Majistret di Mahkamah Majistret Limbang dan Mahkamah Majistret Sibu, Sarawak. Seterusnya Yang Amat Arif Tan Sri bertugas sebagai Penolong Pengarah di Biro Bantuan Guaman Cawangan Sarawak. Pada tahun 1990 hingga 1992, Yang Amat Arif Tan Sri bertugas sebagai Hakim di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan seterusnya dilantik menjadi Peguam Kanan Persekutuan sebagai Penasihat Undang-Undang di Jabatan Perikanan, Kementerian Pertanian Malaysia dari tahun 1992-1994.

    Pada tahun 1994-2000, Yang Amat Arif Tan Sri telah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Jenayah Am, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, dan juga Ketua Unit Jenayah Komersial, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

    Seterusnya, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Pengerusi Tribunal, Jabatan Pembangunan Koperasi, Kuala Lumpur pada tahun 2000 dan kemudiannya dipinjamkan ke Bank Negara Malaysia sebagai Ketua Unit Pendakwaan/Timbalan Pendakwa Raya, Kuala Lumpur pada tahun 2001.

    Pada tahun 2003, Yang Amat Arif Tan Sri telah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Jenayah Komersial, Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya dan seterusnya dipinjamkan ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Pengarah Bahagian Penguatkuasaan di Kuala Lumpur pada tahun 2004.

    Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Mac 2007 (bahagian Jenayah 5) dan seterusnya Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian Dagang 2) pada 1 Mei 2009.

    Yang Amat Arif Tan Sri seterusnya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober 2009 dan meneruskan tugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sehingga 31 Disember 2012.

    Kemudiannya pada 2 Januari 2013, Yang Amat Arif Tan Sri telah bertukar ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan berkhidmat di sana sehingga 29 September 2013.

    Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 30 September 2013 dan pada 26 November 2018, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Pada 20 Februari 2020, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Pada 13 Januari 2023, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

    Bagi menghargai sumbangan Yang Amat Arif Tan Sri dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan pengurniaan Darjah Kebesaran Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 27 Ogos 2013. Kemudiannya pada 13 November 2021, Yang Amat Arif Tan Sri telah dianugerahkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

    Yang Amat Arif Tan Sri telah mendirikan rumahtangga dengan YBhg. Puan Sri Datin Fadzillah binti Dato’ Kamaruddin dan mereka telah dikurniakan dengan tiga (3) orang anak.

  • Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat

    YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat
    Ketua Hakim Negara
    SSM, PMN, SPSK, DUPN, DPSK

    Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat telah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 02 Julai 1959. Yang Amat Arif Tun telah lulus dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1982.

    Yang Amat Arif Tun telah memulakan kerjaya dalam bidang perundangan pada tahun 1982 dengan bertugas sebagai Pegawai Undang-Undang di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan(KESEDAR) dan kemudian pada tahun 1984 sebagai Pegawai Undang-Undang di Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. Yang Amat Arif Tun mula memasuki Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang, Bahagian Gubalan di Jabatan Peguam Negara. Seterusnya, Yang Amat Arif Tun telah berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Port Dickson, Peguam Persekutuan di Biro Bantuan Guaman Kuala Terengganu, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Seremban, Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Pegawai Khas kepada YAA Hakim Besar Malaya, Pegawai Khas kepada YAA Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sambil menjalankan tugas sebagai Pegawai Khas kepada YAA Ketua Hakim Negara dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya sambil menjalankan tugas sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Jawatan terakhir Yang Amat Arif Tun dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan adalah sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia pada tahun 2005 hingga 2006.

    Pada 02 Oktober 2006, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Pada 05 September 2007, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Yang Amat Arif Tun juga pernah berkhidmat sebagai Hakim di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam, Selangor.

    Pada 08 Januari 2013, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Pada 26 November 2018, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Pada 02 Mei 2019, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

    Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) pada tahun 2016 yang membawa gelaran Dato’ dan Darjah Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan (DPSK) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2006. Pada 13 Julai 2019 Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Dato' Seri Utama. Pada 9 September 2019, Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan dengan darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri. Pada 17 Ogos 2020, Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan dengan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Khamis 26 September 2024.

Kod QR

QR code laman SesawangKini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

 
 

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN


Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 74 | Semalam 1446 | Mingguan 6867 | Bulanan 5153 | Semua 4685816

Dasar Privasi

MYHRMIS MOBILE