Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 7/2023, 12 Jun 2023

Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 7/2023 telah diadakan pada pagi 12 Jun 2023 (Isnin) di Hotel Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat ini telah dimulakan dengan Taklimat Prestasi dan Statistik Mahkamah Tinggi Negeri Sabah, dan Taklimat Prestasi dan Statistik Mahkamah Rendah Negeri Sabah. Program tersebut kemudiannya disusuli dengan sesi mesyuarat.

Setelah selesai sesi mesyuarat, program bersambung dengan lawatan ke sekitar Mahkamah Tuaran yang terletak tidak jauh daripada lokasi mesyuarat diadakan. Lawatan tersebut mengambil masa kira-kira hampir satu jam. Anggota-Anggota Suruhanjaya kemudiannya setelah makan tengah hari bertolak ke Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah bagi tujuan Program Outreach. Anggota-Anggota Suruhanjaya telah diperkenalkan dengan kebudayaan rumpun Bajausama Sabah semasa Program Outreach tersebut.