Jumaat, 26 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Mesyuarat SPK

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 11/2019 dan Program Outreach di Pulau Besar, Melaka 7 November 2019

    Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 11/2019 telah diadakan pada 7 November 2019 (Khamis) di Kompleks Mahkamah Negeri Melaka. Mesyuarat ini telah dimulakan dengan Taklimat Prestasi dan Statistik Mahkamah Tinggi Negeri Melaka oleh YA Datuk Wira Haji Ahmad Nasfy bin Haji Yasin, Hakim Mahkamah Tinggi Melaka; dan Taklimat Prestasi dan Statistik Mahkamah Rendah Negeri Melaka oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Nordin, Pengarah Mahkamah-Mahkamah Negeri Melaka. YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara yang juga merupakan Pengerusi Suruhanjaya berpuas hati dengan pembentangan statistik dan pencapaian Mahkamah Negeri Melaka. Program tersebut kemudiannya disusuli dengan sesi mesyuarat dan lawatan ke sekitar Kompleks Mahkamah Negeri Melaka.

    Program keesokannya bersambung dengan Program Outreach di Pulau Besar, Melaka pada 8 November 2019 (Jumaat). Anggota-Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah bertolak dengan menaiki bot dari Jeti Marina ke Pulau Besar pada jam 8.15 pagi. Setibanya di Pulau Besar, anggota-anggota suruhanjaya telah diberikan taklimat dan dibawa untuk melawat Muzium Pulau Besar serta seterusnya dibawa melawat sekitar Pulau Besar. Anggota-anggota suruhanjaya bertolak balik ke Jeti Marina pada jam 11.15 setelah program tersebut berakhir.

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 5/2019

    15 Mei 2019 | Istana Kehakiman, Putrajaya

    Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 5/2019 | Mesyuarat Pertama Ketua Hakim Negara yang baru | Majlis Penghargaan Hakim Besar Malaya

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 7/2023, 12 Jun 2023

    Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 7/2023 telah diadakan pada pagi 12 Jun 2023 (Isnin) di Hotel Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat ini telah dimulakan dengan Taklimat Prestasi dan Statistik Mahkamah Tinggi Negeri Sabah, dan Taklimat Prestasi dan Statistik Mahkamah Rendah Negeri Sabah. Program tersebut kemudiannya disusuli dengan sesi mesyuarat.

    Setelah selesai sesi mesyuarat, program bersambung dengan lawatan ke sekitar Mahkamah Tuaran yang terletak tidak jauh daripada lokasi mesyuarat diadakan. Lawatan tersebut mengambil masa kira-kira hampir satu jam. Anggota-Anggota Suruhanjaya kemudiannya setelah makan tengah hari bertolak ke Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah bagi tujuan Program Outreach. Anggota-Anggota Suruhanjaya telah diperkenalkan dengan kebudayaan rumpun Bajausama Sabah semasa Program Outreach tersebut.

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Lawatan Ke Mahkamah Negeri Pulau Pinang

    Program satu hari ini dimulakan pada pagi 28 Julai 2023 (Jumaat) dengan lawatan anggota-anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diketuai oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara merangkap Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ke Bangunan Warisan Mahkamah Negeri Pulau Pinang. Pembentangan Statistik Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Pembentangan Statistik Mahkamah Rendah Pulau Pinang telah dilakukan sebagai sebahagian daripada aturcara lawatan tersebut. Manakala Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 8/2023 telah diadakan pada sebelah petangnya di Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa Pulau Pinang. Statistik Mahkamah Rayuan telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut oleh Puan Jumirah binti Marjuki, Pendaftar Mahkamah Rayuan.

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Komplek Mahkamah Kota Bharu, Kelantan 4 Ogos 2016

    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanan Bilangan 8 Tahun 2016 di Bilik Mesyuarat, Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan pada 4 Ogos 2016.

    Sebelum mesyuarat berlangsung, program telah dimulakan dengan Majlis Perasmian Tapak Kompleks Mahkamah Kota Bharu yang baharu di Tunjung pada pukul 8.45 pagi. Kompleks yang akan dibina di tapak seluas 2.68 hektar itu akan melibatkan peruntukan hampir RM100 juta dan dijangka siap pada April 2020. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara.

    Program seterusnya bersambung dengan Taklimat dan Mesyuarat Pelantikan Kehakiman pada pukul 11.30 pagi. Taklimat telah diberikan oleh YA Tuan Ahmad bin Bache, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan Tuan Adli bin Abd. Ghalib, Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan mengenai statistik penyelesaian kes-kes sivil dan jenayah di seluruh mahkamah di negeri Kelantan. Secara keseluruhannya, YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara selaku Pengerusi Suruhanjaya berpuas hati dengan pencapaian Mahkamah Negeri Kelantan.

     

     

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu 22 Julai 2016

    The Judicial Appointments Commission had held its monthly meeting No. 7 of 2016 at the Meeting Room in Kota Kinabalu Courts Complex, Sabah on July 22, 2016.

    Before the meeting, members of the Commission had been briefed by Mr. Dean Wayne Daly, the Registrar of the High Court of Sabah and Sarawak, Mr. Indra bin Haji Ayub, State Court Director and Mrs. Elsie Primus, Deputy Registrar (Administration), High Court of Kota Kinabalu regarding the improvements made by the Sabah courts in enhancing its service delivery to the public and statistics on disposal of civil and criminal cases in all courts in the state of Sabah. The Right Honourable Chief Justice Tun Arifin bin Zakaria, Chairman of the Commission is satisfied with the achievements of the Sabah courts in disposing all registered cases.

    After the briefing, members of the Commission were brought for a site visit at the new Kota Kinabalu Courts Complex and briefed on the progress of the construction which is expected to be completed in April 2017.

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Kota Bharu, Kelantan 18 April 2018

    Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 4/2018 telah diadakan pada 18 April 2018 (Rabu) di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan.

    Mesyuarat ini telah dimulakan dengan Taklimat Prestasi dan Statistik Mahkamah Tinggi Negeri Kelantan oleh YA Dato’ Ahmad bin Bache, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kota Bharu; dan Taklimat Prestasi dan Statistik Mahkamah Rendah Negeri Kelantan oleh YBrs. Tuan Haji Jamaludin bin Haji Mat, Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan. YAA Tun Raus Sharif, Ketua Hakim Negara yang juga merupakan Pengerusi Suruhanjaya amat berpuas hati dengan pembentangan statistik dan pencapaian Mahkamah Negeri Kelantan.

    Program seterusnya bersambung dengan Lawatan ke Tapak Kompleks Mahkamah Kota Bharu yang baharu di Tunjung pada jam 11.00 pagi. Jabatan Kerja Raya dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah melaksanakan taklimat berkenaan status pelaksanaan projek. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) serta disusuli dengan lawatan anggota suruhanjaya ke tapak pembinaan.

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Mahkamah Johor Bahru, Johor 20 Disember 2016

    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanan Bilangan 12 Tahun 2016 di Mahkamah Johor Bahru, Johor pada 20 Disember 2016 (Selasa).

    Sebelum mesyuarat berlangsung, semua anggota mesyuarat dibawa oleh kakitangan Mahkamah Johor Bahru melawat Bahagian Pelaksanaan dan Lelong, Kompleks Mahkamah Johor Bahru. 

    Program seterusnya bersambung dengan taklimat pada pukul 9.00 pagi dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman pada pukul 11.00 pagi. Taklimat telah disampikan oleh YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan selaku Hakim Pengurus Mahkamah Johor Utara dan YA Dato’ Setia Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Rayuan selaku Hakim Pengurus Mahkamah Johor Selatan mengenai statistik penyelesaian kes-kes sivil dan jenayah di seluruh mahkamah di negeri Johor. 

    Secara keseluruhannya, YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara selaku Pengerusi Suruhanjaya berpuas hati dengan pencapaian Mahkamah Negeri Johor. Mesyuarat telah selesai pada pukul 12.00 tengah hari. 

     

     

     

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Serta Pembukaan Tahun Perundangan Sabah Dan Sarawak 2022 Di Kota Kinabalu, Sabah

    Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 1/2022 telah diadakan pada 21 Januari 2022 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat 2, The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat ini adalah mesyuarat bulanan yang pertama yang telah diadakan di luar daripada Putrajaya pada tahun 2022 dan yang pertama yang telah diadakan di luar daripada Putrajaya semenjak COVID-19 melanda negara. Mesyuarat ini diadakan bersekali dengan “Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2022” yang diadakan pada sebelah pagi pada tarikh yang sama bertempat di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dengan mengikut norma-norma baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengawal penularan wabak COVID-19. Anggota-Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah berpeluang melawat pameran yang telah diadakan di Dewan Persidangan Aras 2, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu sejurus setelah selesai “Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2022”.

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Serta Pembukaan Tahun Perundangan Sabah Dan Sarawak 2023 Di Miri, Sarawak

    Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 1/2023 telah diadakan pada petang 13 Januari 2023 (Jumaat) di Waterfront 2, Aras 6, Pullman Miri Waterfront, Sarawak. Mesyuarat ini adalah mesyuarat bulanan yang pertama yang telah diadakan di luar daripada Putrajaya pada tahun 2023. Mesyuarat ini diadakan bersekali dengan “Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2023” yang diadakan pada sebelah pagi pada tarikh yang sama bertempat di Kompleks Mahkamah Miri, Sarawak. Satu perarakan yang bermula dari Pullman Miri Waterfront, Sarawak dan berakhir di Kompleks Mahkamah Miri, Sarawak telah diadakan bersempena dengan “Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2023”. Perarakan tersebut telah diketuai oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; YA Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd Diah, Hakim Mahkamah Persekutuan; serta YA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 627 | Semalam 2910 | Mingguan 8462 | Bulanan 30845 | Semua 4387825