Sabtu, 30 Mei 2020
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Komplek Mahkamah Kota Bharu, Kelantan

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanan Bilangan 8 Tahun 2016 di Bilik Mesyuarat, Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan pada 4 Ogos 2016.

Sebelum mesyuarat berlangsung, program telah dimulakan dengan Majlis Perasmian Tapak Kompleks Mahkamah Kota Bharu yang baharu di Tunjung pada pukul 8.45 pagi. Kompleks yang akan dibina di tapak seluas 2.68 hektar itu akan melibatkan peruntukan hampir RM100 juta dan dijangka siap pada April 2020. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara.

Program seterusnya bersambung dengan Taklimat dan Mesyuarat Pelantikan Kehakiman pada pukul 11.30 pagi. Taklimat telah diberikan oleh YA Tuan Ahmad bin Bache, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan Tuan Adli bin Abd. Ghalib, Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan mengenai statistik penyelesaian kes-kes sivil dan jenayah di seluruh mahkamah di negeri Kelantan. Secara keseluruhannya, YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara selaku Pengerusi Suruhanjaya berpuas hati dengan pencapaian Mahkamah Negeri Kelantan.

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 29 Mei 2020.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hakcipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Fak     03 8880 3549
Email  setiausaha@jac.gov.my

Kiraan Pelawat Hari Ini 20 | Semalam 126 | Mingguan 514 | Bulanan 2938 | Semua 3143365