Kursus “Judge Craft and Judgment Writing” telah diadakan di Putrajaya pada 28-29 November 2014 (Jumaat dan Sabtu).
Seramai 16 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 9 Hakim Mahkamah Tinggi dan 7 Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan, YA Datuk Zaharah binti Ibrahimi, Hakim Mahkamah Rayuan, YA Dato’ Balia Yusof bin Haji Wahi, Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Dato’ Aziah binti Ali, Hakim Mahkamah Rayuan. Senarai peserta kursus ini adalah seperti berikut:
1. | YA Dato’ Haji Abd. Halim bin Aman | Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam |
2. | YA Dato' Mohd Azman bin Husin | Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur |
3. | YA Dato' Ahmad Zaidi bin Ibrahim | Hakim Mahkamah Tinggi, Kota Bharu |
4. | YA Dato' Haji Azman bin Abdullah | Hakim Mahkamah Tinggi, Kota Bharu |
5. | YA Dato' Mohd Yazid bin Haji Mustafa | Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu |
6. | YA Dato' Haji Zainal Azman bin Abdul Aziz | Hakim Mahkamah Tinggi, Muar |
7. | YA Datuk Wira Halijah binti Abbas | Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam |
8. | YA Puan Hadhariah binti Syed Ismail | Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam |
9. | YA Puan Rosilah binti Yop | Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur |
10. | YA Dato' Zakiah binti Kassim | Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Alor Setar |
11. | YA Dato' Mohd. Zaki bin Abdul Wahab | Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Kangar |
12. | YA Dato’ Rozana binti Ali Yusoff | Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Shah Alam |
13. | YA Tuan Azhahari Kamal bin Ramli | Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tawau |
14. | YA Tuan Lim Chong Fong | Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Shah Alam |
15. | YA Dr. Sabirin bin Ja’afar | Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Johor Bahru |
16. | YA Dr. Choo Kah Sing | Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Shah Alam |
Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 tajuk utama iaitu Judge Craft dan Judgment Writing. Di bawah tajuk Judge Craft, setiap peserta dikehendaki membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator dan disusuli dengan perbincangan.
Di bawah tajuk Judgment Writing pula, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan bengkel untuk membincangkan alasan penghakiman yang disediakan oleh fasilitator dan setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan bengkel tersebut di akhir kursus ini.