Selasa, 28 Mac 2023
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

  • Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

     

    Yang Amat Arif  Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat

    Ketua Hakim Negara, Malaysia

    SSM, PMN, SPSK, DUPN, DPSK

    Biografi

    Yang Amat Arif Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim

    Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia

    PSM, DA, DSPN

    Biografi 

    Yang Amat Arif Dato' Mohamad Zabidin bin Mohd Diah

    Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya

    DSDK, SMP, SDK

     

    Yang Amat Arif Dato' Abdul Rahman bin Sebli

    Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak

    DIMP, PPB

     
     Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Yang dilantik oleh YAB Perdana Menteri

     

    YA Datuk Nallini Pathmanathan

    Hakim Mahkamah Persekutuan

    PMW

     

     

     

    YABhg. Tun Md Raus bin Sharif

    Mantan Ketua Hakim Negara

     

    YBhg. Tan Sri Datuk Suriyadi bin Halim Omar

    Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan

     

    YBhg. Datu Haji Abdul Razak Tready

    Mantan Peguam Besar Negeri Sarawak

     

    YBhg. Profesor Madya Datuk Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz

    Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

  • Carta Organisasi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

    Klik pada igambar untuk melihat yang besar 

  • Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya

    Undang-Undang Malaysia - Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) Bahagian III

    Fungsi Suruhanjaya adalah - 

    1. Untuk memilih orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri;
    2. Untuk menerima permohonan daripada orang berkelayakan bagi pemilihan hakim-hakim ke mahkamah atasan;
    3. Untuk merumuskan dan melaksanakan mekanisma bagi pemilihan dan pelantikan hakim mahkamah atasan;
    4. Untuk mengkaji semula dan mengesyorkan program kepada Perdana Menteri bagi memperbaik pentadbiran keadilan;
    5. Untuk membuat syor lain berkenaan dengan badan kehakiman; dan
    6. Untuk melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

    Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau yang berhubungan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini

  • Gambar Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 1/2019 di Kota Kinabalu

    17 Januari 2019 | Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah

    Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 1/2019

  • Hubungi Kami

    SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN
    Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman, 
    Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia. 

    Tel      03 8880 3545 / 3546 
    Fak     03 8880 3549 
    Email  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Kriteria Pemilihan

    Seseorang calon layak bagi pemilihan jika dia memenuhi kehendak di bawah Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan.

    Dalam memilih calon, Suruhanjaya hendaklah mengambil kira antara lain, kriteria yang berikut:

    1. Integriti, kompetensi dan pengalaman;
    2. Objektif, tidak berat sebelah, adil dan peribadi moral yang baik;
    3. Ketegasan, kebolehan membuat penghakiman tepat pada masanya dan kemahiran yang baik dalam penulisan undang-undang;
    4. Kerajinan dan kebolehan untuk menguruskan kes dengan baik; dan
    5. Kesihatan fizikal dan mental.

    Seseorang yang merupakan hakim atau pesuruhjaya kehakiman yang sedang berkhidmat tidak boleh dilantik jika dia mempunyai tiga penghakiman atau lebih yang belum selesai atau alasan penghakiman yang belum ditulis yang terlewat enam puluh hari atau lebih dari tarikh penghakiman atau alasan penghakiman itu disifatkan cukup tempoh.

    Dalam memilih calon, Suruhanjaya mestilah juga mengambil kira keperluan untuk menggalakkan kepelbagaian dalam lingkungan kepakaran dan pengetahuan undang-undang dalam badan kehakiman.

    Bagaimana Suruhanjaya Menilai? Baca Seterusnya.. 

     

     

     

  • Kriteria Penilaian

    1. Kriteria-kriteria Penilaian yang dicadangkan ini adalah berlandaskan pertimbangan kepentingan awam untuk meningkatkan kualiti sistem kehakiman di mana pemilihan hakim dan pesuruhjaya kehakiman amat baik dilaksanakan berdasarkan merit.

    2. Kriteria-kriteria ini dirangka untuk memastikan mereka yang dicalonkan mempunyai kebolehan intelek, cekap dan kualiti peribadi yang membolehkan mereka menyelesaikan pertikaian dengan adil dan membuat keputusan hanya berdasarkan kepada fakta-fakta kes dan undang-undang semata-mata. Kriteria-kriteria ini perlu tepat dan terperinci dari segi maksud dan juga penggunaannya dalam proses pemilihan.

    3. Kriteria-kriteria pemilihan ini boleh digunakan sebagai kriteria minimum dan penggunaan setiap satu kriteria itu mungkin berbeza mengikut pelantikan yang akan dipertimbangkan. Keperluan sesuatu jawatan itu mungkin memerlukan penekanan yang berbeza: Kemahiran yang diperlukan oleh seorang hakim perbicaraan adalah berbeza dengan seorang hakim rayuan. Ini adalah perkara lazim kecuali kriteria integriti di mana kepentingannya adalah merupakan sesuatu yang tidak boleh dinafikan.

    4. Berikut adalah kualiti-kualiti minima yang perlu bagi memastikan pencapaian prestasi cemerlang dalam melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman:

    (i)   Integriti

    (ii)  Pengetahuan dan Kebolehan Perundangan

    (iii)  Pengalaman Profesional

    (iv)  Pembawaan Kehakiman

    (v)   Kerajinan

    (vi)   Kesihatan

    (vii)  Tanggungjawab Kewangan

    (viii)  Perkhidmatan Awam

    (ix)   Pandangan terhadap Isu-isu Awam

    (x)   Kualiti-kualiti Khas yang Di ingini 

    5. Pemilihan berdasarkan merit tidak boleh bergantung kepada kriteria-kriteria ini semata-mata. Prosedur yang digunakan juga adalah sama penting. Sememangnya maklumat guna sama umum semua calon untuk kegunaan SPK adalah mustahak dan tidak boleh diketepikan.

     
  • Pengenalan

    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) telah ditubuhkan dengan berkuat kuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) pada 2 Februari 2009.

    Penubuhan Suruhanjaya tidak melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan dibuat melalui penggubalan Akta Parlimen. Proses yang diperuntukkan di bawah Akta 695 mengenai pelantikan hakim-hakim adalah proses yang mendahului proses pelantikan di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

    SPK ditubuhkan bagi memastikan proses pencalonan, pelantikan dan kenaikan pangkat bagi hakim Mahkamah Atasan adalah lebih telus serta mengambil kira penglibatan yang lebih menyeluruh.

    Hakim-hakim Mahkamah Atasan ialah Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar di Malaya, Hakim Besar di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman

    Penubuhan SPK juga adalah sebagai langkah membawa pembaharuan  dan memperkukuh serta meningkatkan integriti institusi. Ia juga bagi memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat untuk melihat ketelusan dan keadilan dalam sistem kehakiman negara ini.

  • Soalan Lazim

    S: Bilakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ditubuhkan?

    J: Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) telah ditubuhkan pada 2 Februari 2009
    bersempena dengan tarikh berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].

    S: Apakah Fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman?

    J: Fungsi SPK di bawah Seksyen 21 Akta SPK 2009 adalah untuk :-

    • Memilih orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.
    • Menerima permohonan daripada orang berkelayakan bagi pemilihan hakim-hakim ke mahkamah atasan.
    • Merumuskan dan melaksanakan mekanisme bagi pemilihan dan pelantikan hakim mahkamah atasan.
    • Mengkaji semula dan mengesyorkan program kepada Perdana Menteri bagi memperbaik pentadbiran keadilan.
    • Membuat syor lain berkenaan dengan badan kehakiman.
    • Melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang berkesampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].

    S: Siapakah anggota-anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman?

    Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: 
    YAA  Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat
    Ketua Hakim Negara, Malaysia
     
    Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: 
    1) YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim
    Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia
     
    2) YAA Dato' Mohamad Zabidin bin Mohd Diah
    Hakim Besar Malaya
     
    3) YAA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli
    Hakim Besar Sabah dan Sarawak
     
    Dilantik Oleh YAB Perdana Menteri, Hakim Mahkamah Persekutuan, Malaysia
    4) YA Datuk Nallini Pathmanathan
    Hakim Mahkamah Persekutuan
     
    5) YABhg. Tun Md Raus bin Sharif
    Mantan Ketua Hakim Negara
     
    6) YBhg. Tan Sri Datuk Suriyadi bin Halim Omar
    Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan
     
    7) YBhg. Datu Haji Abdul Razak Tready
    Mantan Peguam Besar Sarawak
     
    8) YBhg. Profesor Datuk Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz
    Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
     

    S: Secara lazimnya, adakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman tertakluk kepada mana-mana Akta di Malaysia? Adakah undang-undang lain dirujuk juga?

    J: Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) dan Perlembagaan Persekutuan

    S: Adakah saya dari kalangan pegawai kehakiman dan perundangan boleh memohon jawatan pesuruhjaya kehakiman sebagaimana pengamal undang-undang?

    J: Ya. Pegawai Kehakiman dan perundangan boleh memohon jawatan Pesuruhjaya Kehakiman melalui borang yang boleh didapati di laman web Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan.

    S: Bagaimanakah pengamal undang-undang serta pegawai perundangan dan kehakiman boleh memohon jawatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman?

    J: Pengamal undang-undang boleh memohon  jawatan Pesuruhjaya Kehakiman secara online di pautan http://www.jac.gov.my/spk/en/permohonan-pesuruhjaya-kehakiman-2.html. Manakala bagi pegawai  perundangan dan kehakiman permohonan boleh dibuat melalui borang yang boleh didapati di laman web SPK dan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan.

    S: Bagaimana status permohonan Pesuruhjaya Kehakiman yang dibuat apabila tidak mendapat apa-apa jawapan dalam tempoh setahun?

    J: Permohonan tersebut hendaklah dibuat semula sekiranya tiada jawapan yang diterima dalam tempoh setahun daripada tarikh permohonan dibuat.

    S: Di manakah borang permohonan atas talian boleh diperolehi?

    J: http://www.jac.gov.my/spk/en/permohonan-pesuruhjaya-kehakiman-2.html

  • Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

  • Yang Amat Arif Tan Sri Dato' Abang Iskandar bin Abang Hashim

     
    YAA Tan Sri Dato' Abang Iskandar bin Abang Hashim
    Hakim Besar Sabah dan Sarawak
    PSM, DSPN
     

    Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim dilahirkan di Sibu, Sarawak pada 03 Julai 1959.  Yang Amat Arif Dato’ mendapat kelulusan dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi LLB (Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1983. 

    Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1983 sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Miri, Sarawak dan kemudiannya menjadi Majistret di Mahkamah Majistret Limbang dan Mahkamah Majistret Sibu, Sarawak. Seterusnya YAA bertugas sebagai Penolong Pengarah di Biro Bantuan Guaman Cawangan Sarawak. Pada tahun 1990 hingga 1992, YAA bertugas sebagai Hakim di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan seterusnya dilantik menjadi Peguam Kanan Persekutuan sebagai Penasihat Undang-Undang di Jabatan Perikanan, kementerian Pertanian Malaysia dari tahun 1992-1994. 

    Pada tahun 1994-2000 , YAA Tan Sri Dato' telah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Jenayah Am, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, dan juga Ketua Unit Jenayah Komersial, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. 

    Seterusnya, YAA Tan Sri Dato' telah dilantik sebagai Pengerusi Tribunal, Jabatan Pembangunan Koperasi, Kuala Lumpur pada tahun 2000 dan kemudiannya dipinjamkan ke Bank Negara Malaysia sebagai Ketua Unit Pendakwaan/Timbalan Pendakwa Raya, Kuala Lumpur pada tahun 2001. 

    Pada tahun 2003, YAA Tan Sri Dato' telah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Jenayah Komersial, Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya dan seterusnya dipinjamkan ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Pengarah Bahagian Penguatkuasaan di Kuala Lumpur pada tahun 2004. 

    Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 01 Mac 2007 (bahagian Jenayah 5) dan seterusnya Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian Dagang 2) pada 01 Mei 2009. 

    YAA Tan Sri Dato’ seterusnya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober 2009 dan meneruskan tugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sehingga 31 Disember 2012.

    Kemudiannya pada 2 Januari 2013, YAA Tan Sri Dato' telah bertukar ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan berkhidmat di sana sehingga 29 September 2013.

    YAA Tan Sri Dato' telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 30 September 2013 dan pada 26 November 2018, YAA Tan Sri Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Pada 20 Februari 2020, YAA Tan Sri Dato' telah dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Kemudiannya pada 13 November 2021, YAA Tan Sri Dato’ telah dianugerahkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

    Bagi menghargai sumbangan YAA Tan Sri Dato’ dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan pengurniaan Darjah Kebesaran Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 27 Ogos 2013. 

    YAA Tan Sri Dato’ telah mendirikan rumahtangga dengan YBhg. Datin Fadzillah binti Dato’ Kamaruddin dan mereka telah dikurniakan dengan tiga (3) orang anak.

  • Yang Amat Arif Tan Sri Dato' Sri Azahar bin Mohamed

    Yang Amat Arif Tan Sri Dato' Sri Azahar bin Mohamed
    Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya
    PSM, SSAP, DIMP, KMN

    YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar Bin Mohamed dilahirkan pada 27 April 1956 di Johor Bahru, Johor. YAA merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya. YAA juga mempunyai kelulusan Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics and Political Science.

    YAA memulakan kerjaya pada tahun 1980 sebagai Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor dan seterusnya berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor. Sepanjang tempoh perkhidmatan, YAA pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Kuala Lumpur.

     YAA juga pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegahan Rasuah, Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia dan juga Timbalan Pendaftar Syarikat di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

    Selanjutnya, YAA berkhidmat sebagai Ketua Unit Kes Terkelas di Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara dan Ketua Bahagian Guaman di Jabatan Peguam Negara.

    Pada 1 Ogos 2004, YAA dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor.

    Seterusnya, YAA dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor pada 28 Julai 2006 sehingga 31.12.2008. YAA kemudiannya berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Januari 2009 sehingga 10 Mei 2011.

    Pada 11 Mei 2011, YAA dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan dan pada 12 September 2014, YAA dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

    Pada 17 Mei 2019, YAA juga dilantik untuk menjalankan kuasa-kuasa dan tugas-tugas Hakim Besar Malaya.

    Pada 8 Ogos 2019, YAA telah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.

  • Yang Amat Arif Tan Sri Rohana binti Yusuf

    YAA Tan Sri Rohana binti Yusuf
    Presiden Mahkamah Rayuan
    PSM, SPSK, DPSK

    Yang Amat Arif Tan Sri Rohana binti Yusuf dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 09 Mei 1956. Yang Amat Arif Tan Sri lulus dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi LLB (Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1980, Diploma Undang-Undang dan Amalan Guaman Syariah (DSLP) dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 1992, dan Master of Comparative Laws (MCL) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1993.

    Yang Amat Arif Tan Sri telah memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1980 sebagai Penolong Penggubal, Undang-Undang (Parlimen) di Jabatan Peguam Negara, dan kemudian pada tahun 1982 sebagai Pegawai Undang-Undang di Kementerian Pertahanan, dan seterusnya pada tahun 1986 sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara. Kemudiaan Yang Amat Arif Tan Sri memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur. Yang Amat Arif Tan Sri telah bersara secara pilihan dalam perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selepas 18 tahun berkhidmat.

    Yang Amat Arif Tan Sri mula memasuki sektor swasta pada tahun 1997 sebagai Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Syarikat, di Kumpulan UCM Industrial Corporation Berhad, dan sebagai Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Syarikat di International Bank Malaysia Berhad.

    Yang Amat Arif Tan Sri juga pernah mengamal undang-undang sebagai Rakan Kongsi di Tetuan GH Tee & Co pada tahun 2000. Sebelum menyertai Badan Kehakiman, Yang Amat Arif Tan Sri bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Perbankan Islam Dan Takaful, Bank Negara Malaysia pada tahun 2001 hingga 2005.

    Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 1 September 2005 dan seterusnya sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, pada 11 April 2007.

    Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 08 Januari 2013 dan pada 27 April 2018, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

    Pada 25 November 2019, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik untuk menjalankan Kuasa-kuasa dan Tugas-tugas Presiden Mahkamah Rayuan dan pada 5 Disember 2019, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan. Pada 17 Ogos 2020, Yang Amat Arif Tan Sri telah dikurniakan dengan Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

    Yang Amat Arif Tan Sri dikurniakan 2 orang cahaya mata, Nor Alina binti Azmi dan Mohamad Rizal bin Azmi.

  • Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat

    YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat
    Ketua Hakim Negara
    SSM, PMN, SPSK, DUPN, DPSK

    Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat telah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 02 Julai 1959. Yang Amat Arif Tun telah lulus dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1982.

    Yang Amat Arif Tun telah memulakan kerjaya dalam bidang perundangan pada tahun 1982 dengan bertugas sebagai Pegawai Undang-Undang di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan(KESEDAR) dan kemudian pada tahun 1984 sebagai Pegawai Undang-Undang di Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. Yang Amat Arif Tun mula memasuki Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang, Bahagian Gubalan di Jabatan Peguam Negara. Seterusnya, Yang Amat Arif Tun telah berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Port Dickson, Peguam Persekutuan di Biro Bantuan Guaman Kuala Terengganu, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Seremban, Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Pegawai Khas kepada YAA Hakim Besar Malaya, Pegawai Khas kepada YAA Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sambil menjalankan tugas sebagai Pegawai Khas kepada YAA Ketua Hakim Negara dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya sambil menjalankan tugas sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Jawatan terakhir Yang Amat Arif Tun dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan adalah sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia pada tahun 2005 hingga 2006.

    Pada 02 Oktober 2006, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Pada 05 September 2007, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Yang Amat Arif Tun juga pernah berkhidmat sebagai Hakim di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam, Selangor.

    Pada 08 Januari 2013, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Pada 26 November 2018, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Pada 02 Mei 2019, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

    Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) pada tahun 2016 yang membawa gelaran Dato’ dan Darjah Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan (DPSK) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2006. Pada 13 Julai 2019 Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Dato' Seri Utama. Pada 9 September 2019, Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan dengan darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri. Pada 17 Ogos 2020, Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan dengan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun.

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 17 Mac 2023.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Fak     03 8880 3549
Email  setiausaha@jac.gov.my

Hari Ini 860 | Semalam 872 | Mingguan 1732 | Bulanan 24140 | Semua 3955766