Jumaat, 26 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman pada 25-28 Januari 2022

“Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman” telah diadakan pada 25-28 Januari 2022 (Selasa-Jumaat) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta akan skop dan bidang-bidang tugas serta amalan-amalan terbaik (best practices) yang mesti diikuti ketika menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini adalah kursus pertama anjuran Akademi Kehakiman yang diadakan pada tahun 2022 dengan mengikut norma-norma baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

Seramai 10 orang calon yang akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini iaitu Encik Azizan bin Md. Arshad, Puan Narkunavathy a/p Sundareson, Puan Noor Ruwena binti Md. Nurdin, Puan Jamhirah binti Ali, Puan Rozi binti Bainon, Puan Noor Hayati binti Haji Mat, Encik Azlan bin Sulaiman, Encik Kenneth Yoong Ken Chinson St. James, Encik Leong Wai Hong, dan Encik Noor Hisham bin Ismail.

Kursus ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara dan diikuti oleh taklimat kursus yang disampaikan oleh YA Datuk Seri Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankusa Latihan, Akademi Kehakiman. Kursus selama empat hari ini telah dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan diikuti dengan sesi soal-jawab. Sebanyak 12 ceramah telah disampaikan oleh hakim-hakim kanan iaitu “Judges’ Code of Ethics”, “Salient Features of the Rules of Court 2012”, “Transition to the Bench”, “Virtual Hearing”, “Joint Session with Chief Judge of Malaya and Chief Judge of Sabah and Sarawak”, “Contempt Proceedings”, “When to Recuse”, “How to Conduct Criminal Trials”, “How to Read Statutes”, “Managing Procastination and Competing Priorities”, “Case Management, Conducting Civil Trials and Court-Annexed Mediation”, dan “Judgement Writing Workshop”. Manakala ceramah-ceramah yang bertajuk “e-Court System and e-Review”, dan “Salary, Allowance and Benefits for Judges” telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia. YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara telah menyampaikan sijil kepada semua peserta kursus pada hari terakhir kursus.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 676 | Semalam 2910 | Mingguan 8511 | Bulanan 30894 | Semua 4387874