Jumaat, 26 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Section 302 of the Penal Code 20 Oktober 2022

Kursus “Section 302 of the Penal Code” telah diadakan di Bilik Bera 1 dan 2, DoubleTree Hotel by Hilton Putrajaya Lakeside, Putrajaya pada 20 Oktober 2022 (Khamis). Objektif kursus ini adalah ke arah pemahaman yang lebih baik mengenai Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seramai 25 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada sembilan orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 16 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini turut dihadiri oleh YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman. Fasilitator-fasilitator yang mengendalikan kursus ini ialah YA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan, dan YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan. Manakala, dua orang Hakim Mahkamah Rayuan telah bertindak sebagai pemerhati dalam kursus ini iaitu YA Datuk Yaacob bin Haji Md. Sam, dan YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera.

Lima orang peserta telah membentangkan tajuk-tajuk perbincangan iaitu “The Offence of Murder and the Offence of Culpable Homicide Not Amounting to Murder Under the Penal Code – Concept and Elements of the Offences”, “Section 34 and 149 of the Penal Code”, “Evidence of Forensic Pathologist”, “Witnesses”, dan “Corroboration”. Setiap pembentangan telah mengambil masa selama satu jam termasuk dengan masa perbincangan antara para peserta, fasilitator, dan pemerhati.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 304 | Semalam 2910 | Mingguan 8139 | Bulanan 30522 | Semua 4387502