Saiz Tulisan

Warna

W3C
Phone 03-8880 3545 / 3546 fax 03-8880 3549 E-mail Email: setiausaha@jac.gov.my   English Malay   Bahasa Lain                

Bengkel " Constrution Law: Issues and Challenges"

E-mel Cetak PDF

 

Bengkel “Construction Law: Issues and Challenges” yang diadakan pada 10-11 Oktober 2013 adalah merupakan kerjasama latihan kehakiman kali kedua yang diadakan antara Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) dan Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA). Ia merupakan susulan daripada seminar “The Construction Industry Payment and Adjudication Act 2012: The Role of the Court” yang telah diadakan pada 15-16 Mac 2013.

 

Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta terhadap aspek teknikal yang berkaitan dengan industri pembinaan dan undang-undang.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Ir. Harbans Singh yang merupakan seorang arbitrator, adjudicator dan mediator profesional yang mahir dalam undang-undang pembinaan dan penyelesaian pertikaian alternatif.

Seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada 3 Hakim Mahkamah Rayuan, 10 Hakim Mahkamah Tinggi dan 6 Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Ia telah dirasmikan oleh YAA Tun Arifin b. Zakaria, Ketua Hakim Negara.

 

Bengkel ini telah dibahagikan kepada 8 modul yang memberi penekanan kepada isu-isu utama yang sering dihadapi dalam industri pembinaan seperti pelaksanaan projek, pelaksanaan kontrak, proses tender dan isu-isu kewangan.

Majlis penutupan rasmi telah dilakukan oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli b. Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya.

 

 

UNDIAN

Adakah anda berpuas hati dengan info sesawang JAC




Keputusan

Perkhidmatan Online

e-mohonnew
webmail
maklumbalas
e-bantuannew

Pautan Web Kerajaan

mygoverment2 mahkamah cljlaw
pmo ksn iim
hrims msc 1malaysia

Pertanyaan

bussiness2
Aras 5, Blok Utara, 
Istana Kehakiman,
Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat 
62506 Putrajaya 
Tel : 03 - 8880 3545 / 3546
Faks : 03 - 8880 3549
Emel : setiausaha@jac.gov.my  
 
You are here Akademi Kehakiman Lain - Lain Program Program 2013