Saiz Tulisan

Warna

W3C
Phone 03-8880 3545 / 3546 fax 03-8880 3549 E-mail Email: setiausaha@jac.gov.my   English Malay   Bahasa Lain                

Kursus “How To Deal With Cases Under Section 302 Of The Penal Code" Pada 31 Mac – 1 April 2017

E-mel Cetak PDF

gp

Kursus ‘How to Deal with Cases Under Section 302 of the Penal Code’ telah diadakan di Istana Kehakiman, Putrajaya pada 31 Mac – 1 April 2017 (Jumaat dan Sabtu).

Seramai 16 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 7 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 9 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini ialah YAA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya, YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan dan YA Dato’ Setia Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Rayuan.

Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Di sesi pertama, 13 peserta telah membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator yang berkaitan dengan kes-kes di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) [Akta 574] dan beberapa peruntukan undang-undang lain yang berkaitan seperti Akta Keterangan 1950 (Evidence Act 1950) [Akta 56]. Masa pembentangan adalah selama 10 minit dan disusuli dengan perbincangan oleh peserta selama 15 minit.

Sesi kedua pula merupakan perbincangan terhadap alasan penghakiman perbicaraan jenayah yang berkaitan dengan peruntukan seksyen 302 Kanun Keseksaan yang disediakan oleh fasilitator. Peserta-peserta telah dipilih untuk membuat pengenalan terhadap kes-kes yang dibincangkan selama 5 minit dan disusuli dengan perbincangan selama 15 minit.

ts raus participant

 

 

UNDIAN

Adakah anda berpuas hati dengan info sesawang JAC




Keputusan

Perkhidmatan Online

e-mohonnew
webmail
maklumbalas
e-bantuannew

Pautan Web Kerajaan

mygoverment2 mahkamah cljlaw
pmo ksn iim
hrims msc 1malaysia

Pertanyaan

bussiness2
Aras 5, Blok Utara, 
Istana Kehakiman,
Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat 
62506 Putrajaya 
Tel : 03 - 8880 3545 / 3546
Faks : 03 - 8880 3549
Emel : setiausaha@jac.gov.my