Saiz Tulisan

Warna

W3C
Phone 03-8880 3545 / 3546 fax 03-8880 3549 E-mail Email: setiausaha@jac.gov.my   English Malay   Bahasa Lain                

Soalan Lazim

E-mel Cetak PDF

S: Bilakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ditubuhkan?

J: Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) telah ditubuhkan pada 2 Februari 2009
bersempena dengan tarikh berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].

 S: Apakah Fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman?

J: Fungsi SPK di bawah Seksyen 21 Akta SPK 2009 adalah untuk :-

  • Memilih orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.
  • Menerima permohonan daripada orang berkelayakan bagi pemilihan hakim-hakim ke mahkamah atasan.
  • Merumuskan dan melaksanakan mekanisme bagi pemilihan dan pelantikan hakim mahkamah atasan.
  • Mengkaji semula dan mengesyorkan program kepada Perdana Menteri bagi memperbaik pentadbiran keadilan.
  • Membuat syor lain berkenaan dengan badan kehakiman.
  • Melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang berkesampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].

 S: Siapakah anggota-anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman?

Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Ketua Hakim Negara, Malaysia
1) YAA Dato' Seri Utama Tengku Maimun binti Tuan Mat
Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia
2) YAA Tan Sri Dato' Sri Ahmad bin Haji Maarop
Hakim Besar Malaya
3) 
Hakim Besar Sabah dan Sarawak
4) YAA Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah
Dilantik Oleh YAB Perdana Menteri, Hakim Mahkamah Persekutuan, Malaysia
5) -
Hakim Mahkamah Persekutuan
6) YBhg. Dato’ Seri Mohd Hishamudin bin Md Yunus
Mantan Hakim Mahkamah Rayuan
7) YBhg. Datuk Linton Albert
Mantan Hakim Mahkamah Rayuan
8) YBhg. Dato’ Mah Weng Kwai
Mantan Hakim Mahkamah Rayuan
9) YBhg. Emeritus Profesor Datuk Dr. Hj. Shad Saleem Faruqi
Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya

 S: Secara lazimnya, adakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman tertakluk kepada mana-mana Akta di Malaysia? Adakah undang-undang lain dirujuk juga?

J: Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) dan Perlembagaan Persekutuan

 S: Adakah saya dari kalangan pegawai kehakiman dan perundangan boleh memohon jawatan pesuruhjaya kehakiman sebagaimana pengamal undang-undang?

J: Ya. Pegawai Kehakiman dan perundangan boleh memohon jawatan Pesuruhjaya Kehakiman melalui borang yang boleh didapati di laman web Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan.

 S: Bagaimanakah pengamal undang-undang serta pegawai perundangan dan kehakiman boleh memohon jawatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman?

J: Pengamal undang-undang boleh memohon  jawatan Pesuruhjaya Kehakiman secara online di pautan http://www.jac.gov.my/applicationjac/. Manakala bagi pegawai  perundangan dan kehakiman permohonan boleh dibuat melalui borang yang boleh didapati di laman web SPK dan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan.

 S: Bagaimana status permohonan Pesuruhjaya Kehakiman yang dibuat apabila tidak mendapat apa-apa jawapan dalam tempoh setahun?

J: Permohonan tersebut hendaklah dibuat semula sekiranya tiada jawapan yang diterima dalam tempoh setahun daripada tarikh permohonan dibuat.

 S: Di manakah borang permohonan atas talian boleh diperolehi?

J: http://www.jac.gov.my/applicationjac/

UNDIAN

Adakah anda berpuas hati dengan info sesawang JAC




Keputusan

Perkhidmatan Online

e-mohonnew
webmail
maklumbalas
e-bantuannew

Pautan Web Kerajaan

mygoverment2 mahkamah cljlaw
pmo ksn iim
hrims msc 1malaysia

Pertanyaan

bussiness2
Aras 5, Blok Utara, 
Istana Kehakiman,
Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat 
62506 Putrajaya 
Tel : 03 - 8880 3545 / 3546
Faks : 03 - 8880 3549
Emel : setiausaha@jac.gov.my  
 
You are here SOALAN LAZIM