Saiz Tulisan

Warna

W3C
Phone 03-8880 3545 / 3546 fax 03-8880 3549 E-mail Email: setiausaha@jac.gov.my   English Malay   Bahasa Lain                

Perutusan Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

E-mel Cetak PDF
image1
YAA Dato' Seri Utama Tengku Maimun binti Tuan Mat
Ketua Hakim Negara, Malaysia
 

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku. Selamat datang ke Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK).

Sejak penubuhan SPK pada tahun 2009, SPK telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah badan pelantikan kehakiman yang bebas dalam membuat pemilihan calon-calon untuk dilantik sebagai hakim mahkamah atasan. Dalam melaksanakan kuasa dan fungsi SPK bagi mendukung kebebasan berterusan badan kehakiman, SPK telah mengambil kira kriteria yang termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695), antara lain, kriteria yang berikut dalam memilih calon-calon mahkamah atasan:

(a) integriti, kompetensi dan pengalaman;
(b) objektif, tidak berat sebelah, adil dan peribadi moral yang baik;
(c) ketegasan, kebolehan membuat penghakiman tepat pada masanya dan kemahiran yang baik dalam penulisan undang-undang;
(d) kerajinan dan kebolehan untuk menguruskan kes dengan baik; dan
(e) kesihatan fizikal dan mental.

Selain itu, untuk memastikan proses pemilihan dan pelantikan ini dilaksanakan secara telus dan selari dengan prinsip ‘the rule of law’, SPK dari semasa ke semasa akan sentiasa mencari ruang penambahbaikan termasuklah dari segi penetapan kriteria-kriteria pemilihan hakim bagi memastikan mereka yang dilantik memegang jawatan hakim mahkamah atasan bukan sahaja mempunyai pengalaman dan kelayakan professional, malah dihormati oleh semua pihak termasuk orang awam.

Selaku Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, saya akan meneruskan inisiatif-inisiatif yang telah dimulakan serta akan berusaha mencari inisiatif baharu khususnya dalam usaha meningkatkan keyakinan orang awam terhadap badan kehakiman di Malaysia. Sehubungan dengan itu juga, penekanan akan turut ditumpukan kepada memperkasakan peranan Akademi Kehakiman di bawah SPK dalam membangun keupayaan dan profesionalisme hakim-hakim mahkamah atasan.

Dengan perancangan yang sistematik, kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang diberikan semua pihak, saya percaya hasrat ini dapat direalisasikan.

Sekian.


DATO’ SERI UTAMA TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT
Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

UNDIAN

Adakah anda berpuas hati dengan info sesawang JAC




Keputusan

Perkhidmatan Online

e-mohonnew
webmail
maklumbalas
e-bantuannew

Pautan Web Kerajaan

mygoverment2 mahkamah cljlaw
pmo ksn iim
hrims msc 1malaysia

Pertanyaan

bussiness2
Aras 5, Blok Utara, 
Istana Kehakiman,
Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat 
62506 Putrajaya 
Tel : 03 - 8880 3545 / 3546
Faks : 03 - 8880 3549
Emel : setiausaha@jac.gov.my  
 
You are here Home