Ahad, 28 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman
 

Kursus “Election Petition” telah diadakan pada 25 November 2020 (Jumaat) di Bilik MTC, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus yang telah dilaksanakan secara dalam talian ini adalah untuk menyediakan peserta-peserta dengan pemahaman yang menyeluruh mengenai undang-undang dan prosedur pilihanraya.

Seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada 36 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 3 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini secara dalam talian. Kursus ini turut dihadiri oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; serta YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Pesekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman.

Kursus ini terdiri daripada tiga sesi ceramah dan satu sesi perbincangan. Kesemua sesi ceramah telah diadakan pada sebelah pagi hingga tenggah hari iaitu ceramah-ceramah yang bertajuk “Pengenalan Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya” yang disampaikan oleh YA Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd Diah, Hakim Mahkamah Pesekutuan; “Bantahan-Bantahan Teknikal dan Tafsiran Undang-Undang dalam Petisyen Pilihan Raya” yang disampaikan oleh YA Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Hakim Mahkamah Pesekutuan; serta “Amalan dan Prosedur-Prosedur mengenai Petisyen Pilihan Raya” yang disampaikan oleh YA Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Hakim Mahkamah Rayuan. Manakala “Perbincangan Terbuka mengenai Isu-Isu yang Dibangkitkan dalam Petisyen Pilihan Raya dengan merujuk kepada Undang-Undang Kes” telah diadakan pada sebelah petang dengan dikendalikan oleh lima orang fasilitator iaitu YA Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Datuk Hanipah binti Farikullah, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Dato’ Lee Heng Cheong; Hakim Mahkamah Rayuan. Para fasilitator dan peserta bebas berkongsi pengalaman atau pendapat serta bertanya dan menjawab soalan berkaitan isu-isu petisyen pilihan raya dalam sesi perbincangan tersebut.

PENGUMUMAN

TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   Pelantikan adalah...  

PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN (MAKLUMAT LANJUT)   MAKLUMAN PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN SECARA ATAS TALIAN >>> ejc.jac.gov.my...  

Journal of The Malaysian Judiciary   EDISI KHAS 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024 EDISI...  

PAUTAN PANTAS

PROGRAM AKADEMI KEHAKIMAN

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 490 | Semalam 1915 | Mingguan 10240 | Bulanan 32623 | Semua 4389603