Jumaat, 26 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952

Kursus “Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952” telah diadakan pada 24-25 September 2021 (Jumaat-Sabtu) di Dewan Bankuet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pemahaman menyeluruh berkenaan aspek undang-undang Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Program ini merupakan program latihan ketiga di bawah Akademi Kehakiman Malaysia pada tahun 2021 dan yang kedua dilaksanakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Pelaksanaan program ini dilakukan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengawal penularan pandemik COVID-19. Program ini telah dilaksanakan secara hibrid iaitu panel penceramah bersiaran secara fizikal di Dewan Bankuet manakala para peserta hadir secara atas talian.

Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada 4 orang Hakim Mahkamah Persekutuan, 31 orang Hakim Mahkamah Tinggi, 33 orang Pesuruhjaya Kehakiman, dan 2 orang Timbalan Pendaftar/Pegawai Khas/Pegawai Penyelidik telah menghadiri program ini.

Program selama 1 hari setengah ini dimulakan pada hari pertama dengan ucapan pembukaan oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara. Program kemudian diteruskan dengan 2 ceramah pada sesi pagi iaitu “Duty of Trial Judge at the End of the Case for Prosecution” yang disampaikan oleh YA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan dan “Duty of Trial Judge at the Conclusion of the Trial” yang disampaikan oleh YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Besar Malaya. Ceramah “Common Mistake Made by Trial Judge in Adjudicating Section 39B Cases” disampaikan pada sesi petang oleh YA Datuk Seri Haji Mohd. Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; YA Datuk Yaacob bin Haji Md. Sam, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan.

Sebanyak 4 tajuk Pembentangan dan Perbincangan ke atas Tajuk-Tajuk Spesifik oleh Peserta-Peserta telah disampaikan pada hari kedua dengan dikendalikan oleh moderator YA Dato’ Nordin bin Hassan, Hakim Mahkamah Rayuan. Tajuk-tajuk tersebut ialah “The Defence of Innocent Carrier” oleh YA Tuan Mohamed Zaini bin Mazlan, Hakim Mahkamah Tinggi; “Alcontara Notice” oleh YA Dato’ Abd. Wahab bin Mohamed, Hakim Mahkamah Tinggi; dan “Problems Faced by Trial Judges in Conducting Criminal Trial” yang disampaikan oleh 2 orang Pesuruhjaya Kehakiman iaitu YA Dr. Shahnaz binti Sulaiman serta YA Puan Nurulhuda Nur’aini binti Mohamed Nor.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 1393 | Semalam 1741 | Mingguan 6318 | Bulanan 28701 | Semua 4385681