Khamis, 25 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Intellectual Property Law, 3-4 September 2016

Kursus “Intellectual Property Law” telah diadakan pada 3 dan 4 September 2016 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Putrajaya. Kursus yang telah dirasmikan oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya ini merupakan program keenam yang dianjurkan oleh Akademi Kehakiman dalam tahun 2016.

Peserta-peserta terdiri daripada:

(i)Hakim Mahkamah Tinggi – 8 orang; dan
(ii)Pesuruhjaya Kehakiman – 7 orang.

Barisan penceramah/fasilitator pula terdiri daripada:

(i) YA Tan Sri Ramly bin Haji Ali  
  Hakim Mahkamah Persekutuan
Tajuk ceramah: Intellectual Property: Trade Marks, Passing-Off, Patents and Industrial Designs: Practical Approach;
(ii) YA Tan Sri Azahar bin Mohamed
  Hakim Mahkamah Persekutuan
Tajuk ceramah: Adjudicating Intellectual Property Litigation; dan
(iii)  YA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim
  Hakim Mahkamah Persekutuan
Tajuk ceramah: Overview

Peserta kursus telah dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk menyelesaikan dua tugasan kajian kes dan seterusnya melakukan pembentangan dalam kursus ini. Tugasan kajian kes tersebut bertujuan untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas dan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah para peserta berkaitan kes-kes“Intellectual Property Law” di Malaysia.

Sesi perbincangan dan soal jawab telah diadakan selepas sesi pembentangan setiap kumpulan.

Kursus yang berlangsung selama satu setengah hari ini telah dapat dilaksanakan dengan lancar dan menerima penilaian yang sangat positif di kalangan peserta.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 699 | Semalam 1741 | Mingguan 5624 | Bulanan 28007 | Semua 4384987