“Kursus Cryptocurrency and Money Laundering @ Navigating the Realm of Fintech and Financial Crimes” dengan kerjasama Bank Negara Malaysia telah diadakan pada 9 Ogos 2024 (Jumaat) di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Objektif kursus ini adalah untuk memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai mata wang kripto dan pengubahan wang haram.
Kursus ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, Gabenor Bank Negara Malaysia. Kursus ini merangkumi tiga sesi iaitu dua sesi pertama adalah dalam bentuk ceramah, manakala sesi terakhir adalah dalam bentuk perbincangan panel. Sesi pertama ceramah bertajuk “Perkembangan dalam Pendigitalan Kewangan” telah disampaikan oleh Encik Ian Lee Wei Xiung, Timbalan Pengarah, Bank Negara Malaysia. Cik Norasyikin Mohamad Razali, Timbalan Pengarah, Bank Negara Malaysia; dan Encik Doulos Paul Lee, Pengurus Bank Negara Malaysia telah menyampaikan ceramah “Evolusi Aset-Aset Digital” di sesi kedua. Manakala di sesi ketiga adalah “Perbincangan Panel mengenai Peranan Hakim dan Pendakwaraya dalam Menangani Pengubahan Wang Haram serta Pembiayaan Keganasan: Pengalaman, Cabaran dan Amalan Terbaik” yang dibahagikan kepada tiga bahagian dengan Encik Suhaimi Ali, Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia telah bertindak sebagai moderator. Bahagian pertama perbincangan panel tersebut adalah mengenai “Membongkar Bayang-Bayang: Memahami Perkembangan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan di Malaysia” dengan Encik Abd. Rahman Abu Bakar, Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia yang telah mengambil peranan sebagai ahli panel. Bagi bahagian kedua pula, perbincangan adalah mengenai “Membongkar Cabaran Pembuktian dalam Penyiasatan dan Pendakwaan Pengubahan Wang Haram serta Pembiayaan Keganasan” dengan YBhg. Dato’ Mohd Dusuki Mokhtar, Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan, Jabatan Peguam Negara sebagai ahli panel. YA Dato’ Nordin Hassan, Hakim Mahkamah Persekutuan; dan YA Dato’ Ahmad Fairuz Zainol Abidin, Hakim Mahkamah Tinggi telah menjadi ahli panel bahagian ketiga perbincangan yang bertajuk “Mercu Tanda Kes-Kes Pengubahan Wang Haram: Mengemudi Cabaran-Cabaran”. Kursus ini diakhiri dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Marzunisham Omar, Timbalan Gabenor, Bank Negara Malaysia.
Seramai 78 orang peserta telah menghadiri kursus ini iaitu YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim, Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; lapan orang Hakim Mahkamah Persekutuan; 19 orang Hakim Mahkamah Rayuan; 37 orang Hakim Mahkamah Tinggi; dan 11 orang Pesuruhjaya Kehakiman.
“CRYPTOCURRENCY AND MONEY LAUNDERING @ NAVIGATING THE REALM OF FINTECH AND FINANCIAL CRIMES COURSE”
The “Cryptocurrency and Money Laundering @ Navigating the Realm of Fintech and Financial Crimes Course” was held on 9th August 2024 (Friday) at the Sasana Kijang, Central Bank of Malaysia. The objective of this course was toward better understanding of cryptocurrency and money laundering.
This course was begun with a welcoming address by Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, Governor Central Bank of Malaysia. This course includes three sessions in which the first two sessions are in the form of lectures, while the last session is in the form of panel discussion. The first session of the lecture namely “Developments in the Digitalisation of Finance” was delivered by Mr. Ian Lee Wei Xiung, Deputy Director, Central Bank of Malaysia. Ms. Norasyikin Mohamad Razali, Deputy Director, Central Bank of Malaysia; and Mr. Doulos Paul Lee, Manager, Central Bank of Malaysia delivered a lecture on “Evolution of Digital Assets” in the second session. Meanwhile the third session was a “Panel Discussion on the Role of Judges and Prosecutors in Tackling Money Laundering and Terrorism Financing (ML/TF): Experiences, Challenges and Best Practices” which was divided into three parts with Mr. Suhaimi Ali, Assistant Governor, Central Bank of Malaysia acted as moderator. The first part of the panel discussion was on “Unmasking the Shadows: Understanding the Evolving ML/TF Risks in Malaysia” with Mr. Abd. Rahman Abu Bakar, Assistant Governor, Central Bank of Malaysia who has taken on the role of a panelist. As for the second part, the discussion was about “Unravelling Evidentiary Challenges in ML/TF Investigation and Prosecution” with Dato’ Mohd Dusuki Mokhtar, Head, Appellate and Trial Division, Attorney General’s Chambers as a panelist. The Honourable Dato’ Nordin Hassan, Federal Court Judge; and The Honourable Dato’ Ahmad Fairuz Zainol Abidin, High Court Judge has been the panelists of the third part of the discussion namely “Landmark Money Laundering Cases: Navigating through Challenges”. The course ended with closing remarks delivered by Dato’ Marzunisham Omar, Deputy Governor, Central Bank of Malaysia.
A total of 78 participants attended this course consisted The Right Honourable Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Chief Justice of Federal Court, Malaysia; The Right Honourable Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim, President of the Court of Appeal, Malaysia; The Right Honourable Tan Sri Abdul Rahman Sebli, Chief Judge of the High Court in Sabah and Sarawak; eight Federal Court Judges; 19 Judges of the Court of Appeal; 37 High Court Judges; and 11 Judicial Commissioners.