Seseorang calon layak bagi pemilihan jika dia memenuhi kehendak di bawah Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam memilih calon, Suruhanjaya hendaklah mengambil kira antara lain, kriteria yang berikut:
Seseorang yang merupakan hakim atau pesuruhjaya kehakiman yang sedang berkhidmat tidak boleh dilantik jika dia mempunyai tiga penghakiman atau lebih yang belum selesai atau alasan penghakiman yang belum ditulis yang terlewat enam puluh hari atau lebih dari tarikh penghakiman atau alasan penghakiman itu disifatkan cukup tempoh.
Dalam memilih calon, Suruhanjaya mestilah juga mengambil kira keperluan untuk menggalakkan kepelbagaian dalam lingkungan kepakaran dan pengetahuan undang-undang dalam badan kehakiman