Langkau ke kandungan utama

Seksyen dan Unit

UNIT DASAR DAN PELANTIKAN

  1. Mengkaji semula dan mengesyorkan program kepada Suruhanjaya untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri bagi memperbaiki pentadbiran keadilan termasuk melaksanakan sebarang penambahbaikan untuk membolehkan Suruhanjaya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang berkesampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta 695;
  2. Mengumpul dan menyelaras keputusan-keputusan dasar Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman;
  3. Menyediakan Kertas Jemaah Menteri dan maklum balas keputusan Jemaah Menteri;
  4. Menyelaras urusan -urusan Parlimen dan penyediaan jawapan bagi pertanyaan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara;
  5. Menyediakan Laporan Tahunan Suruhanjaya setiap tahun dan mengemukakan kepada Parlimen tidak lewat daripada mesyuarat pertama Parlimen tahun yang berikutnya;
  6. Menyelaras semua aspek berkaitan dengan hubungan antarabangsa seperti lawatan daripada badan kehakiman luar negara
  1. Menyelaras semua urusan berkaitan Mesyuarat Suruhanjaya sekurang-kurangnya sekali sebulan;
  2. Menyelaras urusan Mesyuarat Pemilihan untuk Pelantikan Hakim Mahkamah Atasan
  3. Menyelaras urusan pemilihan dan pelantikan hakim- hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman termasuk pelantikan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak;
  4. Menyelaras urusan pelantikan Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan anggota;
  5. Menyelaras pencalonan Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri dan Persekutuan bagi hakim-hakim mahkamah atasan;

UNIT AKADEMI KEHAKIMAN

  1. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Akademi Kehakiman;
  2. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Latihan Akademi Kehakiman;
  3. Menyelaras program latihan Hakim Mahkamah Atasan;
  4. Urus setia Jawatankuasa Penerbitan Akademi Kehakiman;
  5. Menyelaras repositori dokumen-dokumen berkaitan dengan latihan Hakim Mahkamah Atasan
  1. Pegawai Penyelaras Laman Web Jabatan.

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN

  1. Menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan hal ehwal sumber manusia seperti urusan perkhidmatan, perjawatan, latihan dan pembangunan kompetensi, pengurusan prsetasi dan tatatertib.
  1. Merancang Anggaran Belanjawan Tahunan Jabatan;
  2. Mengawal dan memantau peruntukanJabatan;
  3. Mengurus semua jenis pembayaran dan terimaan;
  4. Mengurus Akaun Jabatan;
  5. Memantau pematuhan prosedur kewangan;
  6. Menyelaras urusan perolehan Jabatan;
  7. Menyelaras teguran audit;
  8. Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA), APMC, Jawatankuasa Pelaksana ePerolehan.
  1. Mengendalikan urusan perolehan dan peralatan bekalan pejabat (kecuali ICT);
  2. Pengurusan Aset dan Stor serta urus setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK);
  3. Panjar Wang Runcit;
  4. Permohonan elaun pakaian panas/istiadat/black tie;
  5. Urusan yang berkaitan dengan kontrak non-ICT;
  6. Pengurusan surat-menyurat dan fail;
  7. Pengurusan kenderaan;
  8. Urusan keselamatan pejabat termasuk pematuhan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994;
  9. Urusan permohonan perumahan/komputer/ kenderaan;
  10. Melaksanakan program-program inovasi di peringkat Jabatan;
  11. Menyelaras program nilai-nilai murni SPK; dan
  12. Menguruskan semua hal-hal pentadbiran dan logistik SPK.

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

  1. Menyelenggara dan memastikan sistem komputer, operasi server dan rangkaian sentiasa berfungsi dengan baik;
  2. Merancang, membangun, melaksana, menyelenggara dan mengemaskini Laman Web SPK serta aplikasi atas talian bagi permohonan daripada orang berkelayakan untuk tujuan pemilihan hakim-hakim mahkamah atasan;
  3. Mengawal selia aspek keselamatan ICT termasuk peralatan, data dan laman web;
  4. Menyelaras pembangunan sistem ICT Jabatan;
  5. Menyediakan kertas kerja perolehan perkhidmatan ICT untuk diangkat kepada JPICT
  6. Membantu menyedia dan melaksanakan Pelan Induk Strategik ICT
  7. Memantau Sistem eJC
  8. Jawatankuasa Pengurusan Induk Laman Web dan Jawatankuasa Pengurusan dan Teknikal Laman Web;
  9. Urusetia Teknikal bagi kursus dan latihan yang dianjurkan oleh Akademi Kehakiman dan program-program lain anjuran SPK;
  10. Merancang dan melaksanakan latihan ICT kakitangan SPK; dan
  11. Mengurus urusan yang berkaitan dengan bekalan dan kontrak ICT dan memantau kontrak perolehan berkaitan ICT.

Recent Posts