Pejabat Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman diketuai oleh seorang Setiausaha yang dilantik oleh YAB Perdana Menteri berdasarkan subseksyen 19(1) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695]. Jawatan Setiausaha disandang oleh YBrs. Puan Salinah binti Ismail, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Gred Utama B. Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dibantu oleh seorang Timbalan Setiausaha PTD Gred M54 dan 15 orang pegawai dan kakitangan daripada pelbagai gred dan skim perkhidmatan. Pejabat ini bertanggungjawab dalam pelaksanaan dan pengurusan fungsi dan aktiviti Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman meliputi pengurusan pelantikan hakim-hakim Mahkamah Atasan dan anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
Pejabat ini juga bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran dan pengurusan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di samping melaksanakan tanggungjawab sebagai Urus Setia Akademi Kehakiman, Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Penerbitan, Akademi Kehakiman.