Kerajaan Malaysia telah menyediakan platform komunikasi selamat melalui perisian di dalam Projek Government Secured Communication (GSC) untuk penjawat awam bagi memastikan maklumat rahsia rasmi dilindungi, kekal dalam negara, dan peranti yang digunakan terjamin keselamatannya. Usaha ini menekankan perlindungan data sensitif kerajaan daripada ancaman siber.
Projek GSC ini merupakan milik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dipertanggungjawabkan selaku penyelaras bagi pelaksanaan kepada semua Kementerian dan Agensi di bawahnya. Pihak kerajaan telah melanggan empat (4) jenis perisian Blackberry yang melibatkan perolehan langganan lesen perisian dan perkhidmatan sokongan bermula 16 November 2023 sehingga 16 November 2028.