Langkau ke kandungan utama

Seksyen 31 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) menghendaki Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (selepas ini disebut Suruhanjaya) menyediakan satu (1) laporan tahunan mengenai aktivitinya dan dibentangkan di Parlimen. Selaras dengan peruntukan tersebut, Laporan Tahunan 2020 Suruhanjaya Pelantikan Tahunan ini disediakan.

Laporan ini dibahagikan kepada lima (5) bab utama: 

  1. Latar Belakang – menerangkan sejarah penubuhan, peranan Suruhanjaya dan memperkenalkan anggota Suruhanjaya.
  2. Mesyuarat – memaklumkan mesyuarat-mesyuarat Suruhanjaya sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta 695 iaitu Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Mesyuarat Pemilihan.
  3. Pemilihan dan Pelantikan Hakim Mahkamah Atasan – menjelaskan proses pemilihan dan pelantikan hakim Mahkamah Atasan di pelabagai peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi berdasarkan kriteria yang ditetapkan di dalam  Akta 695.
  4. Akademi Kehakiman – melaporkan program-program latihan serta aktiviti penerbitan pada tahun 2020.
  5. Urus Setia Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman – menerangkan peranan dan fungsi Urus setia Suruhanjaya dan melaporkan peruntukan kewangan yang diluluskan dalam tahun 2020.

Recent Posts