Langkau ke kandungan utama
-

Kursus “Judge Craft and Judgment Writing” telah diadakan di Putrajaya pada 28-29 November 2014 (Jumaat dan Sabtu).

Seramai 16 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 9 Hakim Mahkamah Tinggi dan 7 Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan, YA Datuk Zaharah binti Ibrahimi, Hakim Mahkamah Rayuan, YA Dato’ Balia Yusof bin Haji Wahi, Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Dato’ Aziah binti Ali, Hakim Mahkamah Rayuan. Senarai peserta kursus ini adalah seperti berikut:

1.YA Dato’ Haji Abd. Halim bin Aman Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam 
2.YA Dato' Mohd Azman bin HusinHakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
3.YA Dato' Ahmad Zaidi bin Ibrahim  Hakim Mahkamah Tinggi, Kota Bharu 
4.YA Dato' Haji Azman bin Abdullah Hakim Mahkamah Tinggi, Kota Bharu 
5.YA Dato' Mohd Yazid bin Haji Mustafa Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu
6.YA Dato' Haji Zainal Azman bin Abdul Aziz Hakim Mahkamah Tinggi, Muar
7.YA Datuk Wira Halijah binti Abbas Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
8.YA Puan Hadhariah binti Syed IsmailHakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
9.YA Puan Rosilah binti Yop Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
10.YA Dato' Zakiah binti KassimPesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah  Alor Setar
11.YA Dato' Mohd. Zaki bin Abdul WahabPesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah  Kangar
12.YA Dato’ Rozana binti Ali Yusoff Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Shah Alam
13.YA Tuan Azhahari Kamal bin RamliPesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah  Tawau
14. YA Tuan Lim Chong Fong Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah  Shah Alam
15.YA Dr. Sabirin bin Ja’afarPesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah  Johor Bahru
16.YA Dr. Choo Kah Sing Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Shah Alam

Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 tajuk utama iaitu Judge Craft dan Judgment Writing. Di bawah tajuk Judge Craft, setiap peserta dikehendaki membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator dan disusuli dengan perbincangan.

Di bawah tajuk Judgment Writing pula, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan bengkel untuk membincangkan alasan penghakiman yang disediakan oleh fasilitator dan setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan bengkel tersebut di akhir kursus ini.

Peta Lokasi

Recent Posts