Langkau ke kandungan utama

“Kursus Penipuan dalam Talian” telah diadakan pada 3 Mei 2024 (Jumaat) di Dewan Atelier, Hotel Le Meridien, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pemahaman kepada peserta-peserta akan gejala penipuan dalam talian.

Seramai 52 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada sembilan orang Hakim Mahkamah Persekutuan, sembilan orang Hakim Mahkamah Rayuan, 31 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan tiga orang Pesuruhjaya Kehakiman.

Kursus separuh hari ini telah dimulakan dengan ucapan perasmian dan taklimat kursus oleh YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankusa Latihan, Akademi Kehakiman. Kursus ini telah dilaksanakan dengan tiga sesi ceramah yang disampaikan oleh ASP Puan Nor Sharina binti Mohd. Amin yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Filem/Muzik/Paten di Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman. Tiga sesi ceramah tersebut adalah Sesi 1 Online Fraud: Phone Scam and Love Scam, Sesi 2 Online Fraud: Penipuan E-Dagang dan Phishing serta Sesi 3 Online Fraud: Business E-Mail Compromise (BEC), Pelaburan Tidak Wujud dan Pinjaman Tidak Wujud. Setiap ceramah telah mengambil masa selama satu jam.
 

The "Online Fraud/Scam Course" was held on 3rd May 2024 (Friday) at the Atelier Hall, Le Meridien Putrajaya. This programme aimed to expose the participants an understanding of the symptoms of online fraud/scam.

A total of 52 participants attended this course consisted of nine Federal Court Judges, nine Judges of the Court of Appeal, 31 High Court Judges and three Judicial Commissioners.

The half day course began with an opening remarks and course briefing delivered by The Honourable Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, the Federal Court Judge cum the Chairman of the Training Committee, Judicial Academy Malaysia. This course was conducted with three lecture sessions delivered by ASP Puan Nor Sharina binti Mohd. Amin who works as a Film/Music/Patent Crime Investigation Officer at the Cyber and Multimedia Crime Investigation Division, Commercial Crime Investigation Department, Bukit Aman. The three lecture sessions were Session 1 Online Fraud: Phone Scam and Love Scam, Session 2 Online Fraud: E-Commerce Fraud and Phishing, and Session 3 Online Fraud: Business E-Mail Compromise (BEC), Non-Existent Investments and Non-Existent Loans. Each lecture took duration in one hour.

Peta Lokasi

Recent Posts