Kursus Seksyen 302 Kanun Keseksaan 1/2024 telah diadakan di Hotel Sama-Sama, KLIA pada 24 Julai 2024 (Rabu). Objektif kursus ini adalah ke arah pemahaman yang lebih baik mengenai Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seramai 32 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada tiga orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 29 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankusa Latihan, Akademi Kehakiman. YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim juga telah bertindak sebagai fasilitator dalam kursus ini di samping empat orang fasilitator lain yang terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu YA Dato’ Nordin bin Hassan, YA Dato’ Abu Bakar bin Jais, YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil dan YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera.
Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan dengan keahlian seramai lapan orang bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan telah dikehendaki melakukan perbincangan ke atas tajuk-tajuk khusus berkaitan kursus ini dan seterusnya membentangkan hasil perbincangan tersebut. Tajuk-tajuk perbincangan tersebut ialah “The Offence of Murder and the Offence of Culpable Homicide Not Amounting to Murder Under the Penal Code – Concept and Elements of The Offences”, “Distinguishing Features and Application of Sections 34 and 149 of the Penal Code”, “The Defence of Insanity Under Section 84 of the Penal Code” dan “Treatment of Expert and Corroborative Evidence”.